Siapa sangka remaja bernama Megat Hamizan Megat Sharul Amir ini setanding ibunya bila ke dapur. Berusia 17 tahun dan masih bersekolah,dia telah buktikan pada RASA memang boleh memasak.  Buktinya, ini tiga menu yang dikongsikan olehnya. Macam mana remaja semua bila lagi nak kongsi resipi dengan RASA?

Remaja Tak Pandai Masak? Ni, Hamizan Dah Buktikan

 NASI GORENG DAGING ALA MEGAT

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1  mangkuk kecil nasi putih
  • 1 sudu makan  cili kisar
  • 2 sudu  makan sayur campur
  • 2 ulas bawang putih| titik
  • 1 sudu teh udang kering | kisar
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak

BAHAN DAGING GORENG:

  • 4-5 hirisan daging yang telah direbus
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1/2  sudu teh serbuk lada sulah

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar.
  2. Setelah garing, masukkan udang kering dan sayur campur. Terus kacau.
  3. Masukkan pula nasi, kacau rata dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Setelah masak, tutup api.
  5. Untuk sediakan daging goreng. Gaulkan daging dengan sos tiram bawang putih dan lada sulah.
  6. Panaskan minyak, goreng lebih kurang 2-3 minit.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi goreng.

Remaja Tak Pandai Masak? Ni, Hamizan Dah Buktikan

MI GORENG DAGING ALA KOREA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus mi
  • 100gm daging batang pinang | dihiris nipis
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 5 batang sawi |dihiris
  • Sedikit kubis panjang |dihiris
  • 5 biji cili api | dihiris
  • 3 ulas bawang  putih |ditumbuk
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

UNTUK HIASAN:

  • 2 pokok daun bawang | dihiris
  • 1 biji bawang merah | dihiris

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, kemudian masukkan cili kisar. Kacau rata.
  2. Masukkan daging, kacau rata, masukkan hirisan cili padi dan terus kacau.
  3. Masukkan kicap pekat manis, sos tiram dan sedikit air.
  4. Masukkan mi, sawi dan kubis, gaul rata.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa (jika perlu) secukupnya.
  6. Tutup api. Masukkan mi dalam pinggan dan hias dengan daun bawang dan hirisan cili.
  7. Mi sedia dihidangkan.

Remaja Tak Pandai Masak? Ni, Hamizan Dah Buktikan

AYAM GORENG BERCILI

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 kg ayam | potong sederhana
  • Sedikit garam  dan serbuk kunyit.

BAHAN SAMBAL:

  • 1 biji bawang besara
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2cm halia
  • 15 biji cili padi
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit., ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumis, bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan air asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, masukkan ayam dan gaul rata.
  7. Tutup api, ayam sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI