Rempah Ikan Bakar Terengganu, Boleh Buat Stok Masak Dengan Makanan Laut Lain

Share

Ikan Bakar akan jadi lebih enak jika rempah dan sambal yang digunakan lengkap dengan pelbagai ramuan masakan. Sebab itu rempah atau sambal Ikan Bakar menjadi nadi pada keenakan rasa Ikan Bakar. Jika anda masih tercari-cari resipi untuk membuat rempah ikan bakar yang lengkap dengan rasa masam, manisnya, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Syamimi  ini.

RESIPI REMPAH IKAN BAKAR TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:

1 kg cili boh
1 kg bawang merah besar –BELI ONLINE
1 kg bawang putih – BELI ONLINE
15 batang serai
1 kuntum bungan kantan
1 genggam daun kesum
1 kg gula –BELI ONLINE
4 keping gula kabung – BELI ONLINE
3 sudu kecil garam –BELI ONLINE
1 sudu besar serbuk perasa
2 sudu belacan bakar –BELI ONLINE
1/4 cawan air asam jawa –BELI ONLINE
Minyak masak

LANGKAH 1:

1. Kisar bawang besar, serai dan bawang putih sehingga lumat.

2. Hiris bunga kantan (ketepikan)

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar lumat. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan cili boh dan tumis sehingga garing dan naik bau.

3. Masukkan gula dan gula kabung. Biarkan seketika sehingga cair.

4. Masukkan garam, serbuk perasa dan belacan. Gaul sebati kemudian masukkan air asam jawa.

5. Biarkan mendidih selama 10 minit.

6. Masukkan hirisan bunga kantan dan daun kesum.

7. Masak selama dua jam dengan api yang perlahan. Siap.

NOTA: Kuantiti masakan rempah ikan bakar ini untuk stok simpanan bukan untuk sekali masak. Sesuai dijadikan sambal untuk semua makanan laut seperti kerang dan sebagainya.

Sumber kredit: Nur Syamimi via Masakan Terengganu

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Has