Nak rempeyek sedap rangup, bolehlah ikut resipi perkongsian ct suryati ini. Rahsianya kenalah masukkan sedikit kapur makan dalam ramuannya. Kalau bancuh tu usah terlalu cair dan jangan terlalu pekat .
Sebelum goreng tu test lah sekeping dua dulu untuk tengok nampak tebal atau nipis sangat. Nanti bolehlah adjust bancuhan tepungnya. Barulah menjadi rangup rempeyeknya.
REMPEYEK RANGUP
.
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tepung beras
- 2 cawan santan pekat
- 1/2 sudu kecil kapur makan (supaya rangup crunchy)
- 1 biji telur
- * 8 ulas bawang putih (naikkan rasa lemak)
- Garam secukup rasa
* 3 sudu besar jintan manis
* 3 sudu besar jintan kasar
* 3 sudu besar ketumbar biji
CARA MEMASAK :
1. Bahan bertanda * ini dikisar kering. Nak guna lebih pun boleh.
2. Air secukupnya (empunya resipi buat sukatan 5 cawan dulu, tengok mcm pekat baru tambah sikit2)
3. Bilis dan kacang (empunya resipi jemur dulu nak bagi ia kekal rangup bila dah digoreng)
4. Bancuh semua bahan ni. Air kena pandai agak, bancuh tu jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
5. Empunya resipi selalu test goreng seketul dua dulu pas bancuh, tengok struktur kuih, baru lah nampak tebal ke nipis sangat ke.
6. Kalau tebal, boleh tambah air sikit. Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang terbaik.
7. Boleh goreng macam biasa. Guna acuan yg direndam dalam kuali bersama minyak yg betul-betul panas. Rempeyek yang okay, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.
8. Jangan lupa tabur kacang dan ikan bilis banyak-banyak, satu lagi sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. Insyaalah sedap.
Kredit resepi : ct suryati.
Resipi Dapur Bidadari
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN PERALATAN RUMAH, BOLEH LAYARI JOM DI SINI. BANYAK TAWARAN DAN PILIHAN MENARIK.
DAN JUGA RESIPI INI :
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI