Rendang ayam bertumis ini mudah, cepat dan yang penting, ia sedap.
Ramai yang beranggapan, masak rendang ni susah dan rumit. Sebenarnya ada banyak jenis rendang. Bahkan memang ada rendang yang dimasak selama berjam-jam lamanya.
Tapi kali ini, dikongsikan rendang bertumis yang mudah. Sesuai untuk mereka yang baru saja belajar nak masak rendang.
Walau pun bulan Syawal sudah pun berlalu, namun rendang ini boleh dimasak bila-bila masa je. Kalau terasa nak makan, masaklah. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh ni ye. Selamat mencuba!
Rendang Ayam Bertumis
Bahan-bahan:
2 ekor ayam (setiap ekor dipotong 20)
3 senduk cili kisar – boleh beli online di sini
1 senduk kecil serbuk kunyit – boleh beli online di sini
2 sudu besar serbuk kari – boleh beli online di sini
Ads
Sekeping asam gelugur – boleh beli online di sini
3 keping gula melaka – boleh beli online di sini
Daun kunyit (hiris)
4 sudu makan kerisik – boleh beli online di sini
200ml santan kotak
Sedikit serbuk perasa
Garam secukup rasa – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Bahan Tumis (Kisar Halus):
6 batang serai
4 labu bawang besar
2 inci halia – boleh beli online di sini
4 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Selepas cuci, ayam dikeringkan (airnya) dalam kuali sekejap (tanpa minyak). Angkat.
Panaskan minyak dalam kuantiti yang agak banyak. Masukkan bahan yang dikisar.
Kemudian masukkan cili kering kisar, serbuk kunyit, serbuk kari dan asam gelugur. Kacau sebati.
Ads
Masukkan gula Melaka, kerisik dan santan. Tumis hingga pecah minyak. Perasakan dengan bahan perisa.
Setelah itu, Bolehlah masukkan ayam. Kacau sebati.
Tambah garam secukup rasa dan taburkan daun kunyit.
Biarkan ayam mendidih bersama kuahnya sehingga masak dan pekat. Siap. Senang bukan?
Memang sedap ayam masak style mamak. Rasanya cukup berempah dan cukup cita rasanya. Boleh cuba masak untuk berbuka puasa. Kadang kita makan nasi di kedai mamak atau restoran nasi kandar, kita rasa ayam dia tu sedap betul kan? Nak tau cara masak lauk ayam macam tu? Nah, RASA berikan resipinya. Boleh buat untuk jamu seisi keluarga.
AYAM STYLE MAMAK NASI KANDAR
Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng ayam
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Bahan Kisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
4 tangkai cili hijau
3 tangkai daun kari
1 inci halia
Caranya: Kisar semua bahan sehingga lembut.
Bahan Tumis
1 biji bawang holand (hiris bulat)
Rempah 4 sekawan
3 tangkai daun kari
Bahan Rempah
2 peket kecil rempah kari daging
6 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
3 sudu besar serbuk kas-kas
Caranya: Satukan Bahan Rempah dengan air dan kacau.
Cara memasak
1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak, tumis Bahan Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan bancuhan Bahan Rempah. Tumis lagi sampai pecah minyak.
4. Tambahkan sos tomato dan sos cili 3
5. Tambah air sedikit dan masukkan ayam. Biar mereneh.
6. Hias dengan daun ketumbar. Siap untuk dihidang.
Sedapnya Ayam Goreng Belengas, resipi perkongsian saudari Mizah Ngatiman ni. Lauk yang cukup ringkas dan cepat disediakan. Ia adalah menu yang boleh disediakan bila balik kerja atau dijadikan menu bekal anak-anak ke sekolah. Bak kata empunya resipi, makan kering-kering dengan petai dan sambal belacan, lagilah buka selera. Jadi bagi anda yang teringin nak makan Daging Goreng Belengas viral tu tapi tak boleh makan daging, cubalah resipi ni. Sama sedapnya. Jom cuba!
CARA MASAK AYAM GORENG BELENGAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong kecil
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar serbuk kunyit – beli online disini
2 sudu besar sos cili – beli online disini
2 sudu besar sos tiram – beli online disini
2 sudu besar kicap manis – beli online disini
5 batang kacang panjang
1 biji bawang holland
1 tangkai cili besar merah
CARA MEMASAK:
1.Basuh bersih ayam yang dipotong tadi. Kemudian gaul ayam dengan kunyit dan garam seperti biasa.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian goreng ayam hingga garing.
3. Ketepikan ayam di pinggir kuali kemudian masukkan hirisan bawang holland dan cili yang siap dimayang. Biar layu sekejap.
5. Seterusnya masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan hirisan kacang panjang.
7.Gaul-gaul sekejap. Jika suka rasa rangup Kacang Panjang, gaul sekejap sahaja kemudian tutup api.
8. Siap. Ayam Goreng Belengas sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.
Sedapnya Ayam Masak Thai ni. Jika dah jemu dengan menu Ayam Pedas, Ayam Halia, Ayam Sambal, Ayam Kicap dan sebagainya, apa kata hari ni cuba menu mudah perkongsian saudari Mleisya Scarf Comel Sokmo. Bahan nak masak sangatlah ringkas. Rasanya memang sangat sedap. Jadi anda kena cuba. Dijamin tak menyesal punya.