
Ramai yg minta resipi rendang pedas Perak. Selalu buat tapi trlupa nak tangkap gambar step by step. Yg penting ramuan utama dan tips2 penting. Walaupun ramai yg ambil cara mudah iaitu dgn memblender semua ramuan, tapi kalau nak sedap, semua ramuan hendaklah di hiris halus.
Daun kunyit dimasukkan peringkat akhir sebelum diangkat. Ini petua penting yg kita perlu ikut. Cuma cili je di blend. Sukatan kita boleh agak2 mengikut amaun yg nak di masak.
Cuma santan mesti cukup dan bawang juga kena banyak baru sedap. Kita gunakan kelapa fresh yg ditumbuk dan bukan kerisik. Ini bahan yg boleh ditambah atau di kurangkan.

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam besar
3/4 kg santan pekat
15 – 20 ulas bawang kecil
2 inci halia
4 batang serai
1 inci lengkuas (x ada pun x pe)
3 helai daun kunyit yg lebar @ 4 helai sederhana.
Cili giling 3 sudu atau ikut citarasa kepedasan
3 sudu besar kelapa parut ditumbuk sedikit.
Garam secukupnya.
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan, masak atas api sederhana. Masak hingga hampir kering dan masukkan daun kunyit yg sudah di mayang.
*Rendang kerang memerlukan 1 kg santan setiap 1 kg isi kerang. Santan perlu cukup pekat. Kalau cair kena tambah.
Kredit: Puan Sharifah Shaari
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menu Gulung-gulung’… Inti Sedap Best Buat Berbuka dan Moreh Nih.

Apa benda yang bergulung tu ? Haah ni ada resipi yang intinya digulung dengan ‘crepe’ tepung. Dalam resipi ni ada yang menggunakan kulit popiah dan tortilla.
Janji ada daging dan sayur-sayuran memang ‘meletop’ rasanya. Snek sihat sedap dimakan waktu buka dan moreh.Buat sahur pun boleh.. Cubalah nanti ya.
1.MALAYSIAN ROLL WITH SHRIMP BASIL

BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
- ¼ cawan daun selasih (basil) segar | dibilas dan keringkan, dicincang
- 6 ekor udang saiz sederhana | masak celur dan potong dua
- ½ cawan parutan lobak merah
- ½ cawan sengkuang yang diparut
- 20gm badam panggang | ditumbuk kasar
- 3 helai daun salad merah, buangkan urat daun jadikan 6 bahagian
- Kulit popiah secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Didihkan air dan celur kesemua sayur-sayuran. Toskan dan bilas selama 30 minit.
2. Rasa inti dan perisakan dengan gula dan garam dan gula, campurkan badam.Gaul sebati.
3. Masukkan inti ke dalam mangkuk dan ketepikan.
4. Tebarkan sekeping kulit popiah di atas papan canai. Letakkan salad di atas kulit popia dan letakkan inti di atas salad, lipatkan di kedua belah hujung popia dan gulungkan.
Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak :30 minit
Cara memasak : Digaul tanpa masak
Jenis masakan : Kudapan
Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama mentega kacang
Info Chef : Kacang badam dicampur bersama sayur-sayuran menambahkan vitamin dan khasiat. Badam kaya dengan vitamin E,lemak sihat , serat, protein dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh sihat.
2. CHICKEN VEGETABLE WRAP

BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu makan minyak sayuran
- 1 biji bawang besar | dicincang halus
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 cawan ayam rebus tanpa kulit dan telah disiat-siat
- 3 cawan salad ‘iceberg lettuce’ | dicincang
- ¾ cawan tomato yang didadu
- 11/2 cawan keju cedar yang diparut
- 1 cawan pistachio panggang
- 1 cawan kacang pis hijau | toskan selepas dikeluarkan dari tin
- 6 keping tortillas (diperbuat dari tepung)
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana.
2. Masukkan bawang dan masak hingga lembut, kira kira 3 minit.
3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau selama seminit
4. Masukkan ayam, kacau dan masukkan garam. Biarkan masak 1 hingga 2 minit.
5. Kemudian letakkan tortilla ditengah dua kertas/tisu gulung yang dilembabkan (paper towels) dan masukkan di dalam ketuhar mikro selama 10 saat untuk melembutkan tortilla
6. Sudukan dengan salad di atas setiap satu kepingan tortilla, kemudian letakkan ayam, sayurr, keju cedar, kacang pis dan pistachio.
7. Gulung dan kerat dua. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Kudapan sandwich ala burrito
Keistimewaan : Inti yang lebih lemak dengan kacang pis dan pistachio
Info Chef; Kandungan kacang pis dan pistachio dipercayai dapat meningkatkan kadar imunisasi badan dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Sajian rendah lemak yang menyihatkan.
3. CHICKEN BURRITO

BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu makan minyak masak
- 1 biji bawang holland /dicincang halus
- 1 ulas bawang putih/ dicincang halus
- 100 gm dada ayam/ dipotong kecil
- Garam secukup rasa
- 6 keping tortilla jagung /dibeli siap dari pasaraya
- 3 cawan salad /dipotong kecil
- 1 1/2 keju cheddar parutan keju
- 1/4 sudu teh garam
Bahan sos burrito:
- 3 sudu makan mayonis
- 1 sudu teh serbuk paprika
- 2 sudu makan sos lada hitam
* Dicampur sekali
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, api sederhana
2. Masukkan bawang besar dan masak hingga lembut, kira-kira 3 minit.
3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau 1 minit
4. Masukkan ayam dan 1/4 sudu teh garam. Masak hingga empuk, ketepikan.
5. Panaskan kepingan tortilla jagung mengikut arahan di bungkusan.
6. Letakkan salad di atas setiap tortila, letakkan ayam yang dimasak tadi, dengan parutan keju chedar dan sos burrito. Gulung tortila dan potong dua.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Mexico
Keistimewaan : Sajian sihat salad dan ayam bersos keju dan burrito
INFO CHEF: Sajian ini sunguh mengenyangkan, sandwic versi Mexico. Sedap dihidang dengan ‘hash brown’
4. HO CHI MINH SPRING ROLL

BAHAN-BAHAN :
- 170 gm soo hoon (dicelur)
- 6 ekor udang saiz sederhana (dicelur)
- 12 keping kulit popia (dicelur)
BAHAN INTI :
- 1/2 kubis china (dihiris halus)
- 200 gm lobak merah (dihiris halus)
- 200 gm timun (dihiris halus)
- 200 gm saderi (dihiris halus)
- 200 gm salad Cina (chinese lettuce) (dihiris halus)
- 50 gm parsli Cina (dihiris halus)
- 50 gm selasih Thai (sehelai-helai)
- 50 gm daun ketumbar (dihiris halus)
- 50 gm taugeh
BAHAN SOS :
- 1/2 sudu teh sos ikan
- 1/4 sudu teh gula
- 1 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi
- Air panas secukupnya (1-2 sudu makan)
CARA MEMASAK :
1. Celur soo hoon dalam air mendidih dan terus tos. Kemudian celurkan udang dalam air mendidih sehingga masak. Kulit popia direndam air biasa hingga lembut.
2. Kemudian sediakan dan susun bahan inti di dalam dulang.
3. Susun dan tebarkan kulit popia letakkan 2 ekor udang sedikit soo hoon, daun selasih, taugeh, lobak merah, saderi, daun ketumbar dan salad cina dalam setiap popia.. Biarkan sedikit ruang kosong di
kedua hujung kulit popiah untuk membalut.
4. Gulung atau balut ikut kreativiti anda.
5. Di dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, air panas, bawang putih, gula dan cili padi. Jika suka anda boleh masukkan kacang tumbuk.
6. Hidangkan popia Ho Chi Minh dengan sos .
INFO CHEF :
Sajian ini adalah sajian salad yang menyihatkan padat dengan sayur-sayuran segar.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 3 jam
Cara Memasak : Celur
Jenis masakan : Vietnam
Keistimewaan : Kudapan sesuai untuk mereka yang mementingkan menu sihat.
Ayam Goreng Kari, Menu Biasa Tapi Rasa Paling Mantap!

Ayam goreng kari, biasa kita dengar ayam goreng kunyit tapi menu yang dikongsikan oleh Bella Shabudin ni menggunakan bahan lain iaitu serbuk kari. Hasilnya nampak menarik macam ayam goreng kunyit, memang patut cuba. Nampak macam biasa sahaja tapi rasa padu. Makan pula dengan nasi panas dengan kuah kari kosong, bertambah-tambah la nasi, Anak-anak pun suka.
RESEPI AYAM GORENG KARI YUMMEH

Biasa kan kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kalini bella nak share resepi campak campak ayam goreng kari. Jom kita mulakan.
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
Bahan A:
3 ulas bawang putih
1 inci halia – beli online disini
5 tangkai cili kering – beli online disini
5 sudu makan serbuk kari – beli online disini
1 sudu makan lada sulah – beli online disini
Garam secukup rasa

Bahan B
1 biji telur
1 tangkai daun kari
6 sudu makan tepung jagung – beli online disini
6 sudu makan tepung gandum – beli online disini

Cara-cara:
- Kisar kesemua bahan A
- Gaul ayam bersama bahan A dan B
- Perap selama sejam
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak
- Sedia dihidangkan

Nota: Ayam goreng kari ni kalau makan dengan kari kosong je pun memang layan habislah.
Selamat mencuba
Kredit resipi dan foto: Bella Shabudin
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sangat Sedap! Resipi Nasi Tomato Simple & Ayam Masak Rose Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Bergedil Ayam Mudah Dibuat, Sedapnya Burger Ayam Homemade

Bergedil atau patty burger ayam yang sudah siap diproses memanglah melambak jualannya di pasaraya. Macam-macam jenama yang ada. Tapi kalau nak yang segar, apa kata cuba buat sendiri. Homemade pastilah segar.

.

.
Jom semak resipi perkongsian Amida Ida, gerenti sedap dan lebih puas hati menikmatinya. Burger ayam dengan patty @bergedil homemade tanpa pengawet dan pewarna.
‘PATTY’ BURGER HOMEMADE

.
BAHAN-BAHANNYA :
- Isi ayam | dipotong dadu kecil2…
- Bawang besar
- Bawang putih
- Sedikit halia
- Rempah ketumbar
- Rempah jintan manis
- Rempah jintan putih
- Serbuk lada sulah/hitam
- Garam gula secukup rasa
- Sos tiram
CARA MEMASAK :
1. Segala bawang dan halia ditumbuk dahulu.
2. Rempah-rempah dikisar halus, guna pengisar kering.
3. Kemudian satukan semua bahan-bahan di atas bersama ayam yang telah dipotong kecil.
4. Kemudian kisar sehingga semuanya halus, dan seterusnya panaskan sedikit minyak dan masakkan bahan-bahan yang dikisar tadi
5. Kacau selalu sehingga isi ayam hancur dan masak hingga air kering.

.
Seterusnya sediakan :
- Serbuk roti
- Telur
6. Selepas itu satukan ayam yg dah dimasak tadi bersama telur dan serbuk roti
.
7. Nak masukkan bawang yang dipotong dadu pun boleh.
3. Kacau bahan-bahan tadi sehingga sebati.
4. Campurkan semua bahan-bahan yg di masak tadi bersama2 telor dan serbuk roti…semua ni kena agak2 ye utk jadikn bentuk seperti patty burger.
5. Kemudian panaskan kuali dan sapu sedikit majerin di permukaan kuali.

.
6. Bubuh acuan ring burger mengikut acuan yg di kehendaki, masak sehingga warna seperti di gambar.

7. Siap boleh lah dijadikan inti roti burger ayam, perggh memang padulah.

.
#resepipattybegeramidaida#
KREDIT RESIPI & FOTO : Amida Ida
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
Sedapnya Lempeng & Bergedel Lobak Merah, Bukan Sekadar Sayur Je Ye.
DAN JUGA RESIPI INI :
DAN JUGA VIDEO NI, MENARIKNYA RESIPI :

