Orang Negeri Sembilan memang gemar masakan pedas. Kali ni RASA nak kongsikan resipi bagi korang yang nak cuba rendang ayam style Negeri Sembilan. Memang akan guna cili padi dan paling istimewa siap ada pegaga. Boleh try la buat nanti. Pemilik akaun facebook SuiSan Aliezsha empunya resipi ini.
BAHAN-BAHAN
Cili api secukupnya (ikut tahap pedas yang dimahukan)
Lada hitam secukupnya
2 cm kunyit hidup
3 tangkai serai
1 ekor ayam (potong kecil, cuci dan toskan)
2 biji kelapa parut (perah santannya)
Asam keping secukupnya
Pucuk pegaga
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Kisar halus cili padi, lada hitam, kunyit hidup dan serai. Ketepikan.
2. Dalam kuali, masukkan ayam bahan kisar tadi. Masukkan santan dan kacau sebati.
3. Biarkan mendidih.
4. Masukkan asam keping.
5. Apabila kuah semakin pekat, masukkan pegaga dan garam.
6. Kacau sekejap-sekejap. Biar sampai agak kering. Kemudian matikan api.
Kredit Resipi: SuiSan Aliezsha
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini.