
Masih dalam mood raya. Mungkin ada yang nak buat potluck di pejabat. Mungkin boleh buat rendang ikut resipi ini. Rendang tu nampak berminyak sebab tumis bahan-bahannya lama. Rendang ni tumis lama lagi sedap. Bila masukkan ayam elok sebati dan sedap. Sesetengah orang tak suka berkuah, suka kering. Jadi ini rendang versi berkuah.
Rendang Ayam (1 ekor ayam)
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
8 batang serai*
5 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
4 sudu cili blend(ikut kepedasan masing-masing)
2 asam keping
5 sudu kerisik
500g santan (atau agak-agak saja)
2 sudu rempah kari ayam
1 sudu serbuk jintan manis
½ sudu serbuk kunyit
4 helai daun kunyit
2 tangkai daun limau
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam
Gula
Ajinomoto
Cara memasak:
1.Kisar halus bahan bertanda *.
2.Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bahan bertanda * dan cili blend. Biarkan seketika. Masak dengan api yang perlahan.
3.Masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan perasakan dengan garam, gula dan aji.
4.Boleh tambahkan secawan air. Tumis sehingga pecah minyak dan sedikit kering.
5.Masukkan daun limau dan kerisik.
6.Masukkan ayam dan asam keping. Biarkan dalam 5 minit dan terus masukkan santan.
7.Setelah masak taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus. Kaup balik dengan perlahan dan biarkan dalam 3 minit. Siap untuk dihidang.
Kredit: Senz Ahmad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Ayam Masak Bawang Stail Mamak Ni Memang Rugi Kalau Tak Cuba

Menu Ayam Masak Bawang ni nampak sedap dan menyelerakan. Menerusi perkongsian saudara Mohd Rozmie beliau menunjukkan cara-cara memasak hidangan ini. Katanya menu ini adalah menu kegemaran kalau ke kedai mamak. Memang tak cukup seketul. Bau aroma rempah yang meresap ke dalam isi ayam tu buatkan selera bertambah. Sebab tu berderet orang beratur kat kedai mamak. Jadi beliau kongsikan resipi Ayam Masak Bawang stail mamak yang anda cuba masak sendiri di rumah. Pasti puas hati.
RESIPI AYAM MASAK BAWANG STAIL MAMAK PALING SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong 16
12 ulas bawang merah/kecil – dimayang
1 sudu teh jintan manis – beli online disini
1 sudu teh jintan putih – beli online disini
3 sudu makan serbuk kari – beli online disini
2 sudu makan serbuk cili – beli online disini
Rempah 4 sekawan
3 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
3 sudu makan sos cili – beli online disini
2 sudu makan sos tomato – beli online disini
2 sudu makan sos tiram – beli online disini


BAHAN KISAR/TUMBUK HALUS:
7 ulas bawang merah/kecil – beli online disini
5 ulas bawang putih – beli online disini
1 inci halia

BAHAN PERAPAN:
Garam
Serbuk kunyit – beli online disini
Serbuk kari – beli online disini
Serbuk cili – beli online disini
Lada sulah – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Cuci bersih isi ayam dan masukkan bahan perapan. Jumlahnya ikut citarasa. Gaul rata dan perap selama 20-30 minit.

2. Rempah 4 sekawan bersama daun kari dan daun pandan.

3. Panaskan minyak goreng dulu bawang yang telah dimayang sehingga sedikit keperangan. Jangan sampai hangit pula.

4. Bila bawang dah sedikit keperangan macam ni, angkat dan ketepikan dulu.

5. Guna minyak goreng bawang tadi, goreng ayam yang telah diperap tadi sehingga masak.

6. Ketepikan dulu ayam yang telah digoreng tadi.

7. Ambil minyak goreng ayam tadi, tumis rempah 4 sekawan bersama daun kari dan daun pandan.

8. Kemudian masukkan pes bawang dan halia tadi. Kacau sebati.

9. Masukkan serbuk jintan putih, jintan manis, serbuk kari dan serbuk cili. Kacau lagi.

10. Masukkan bahan sos. Kacau lagi bagi sebati dan pecah minyak. Masa ni bau aroma rempah ni akan harum semerbak.

11. Masa ni kena rajin kacau supaya rempah tak hangit. Jika kering masukkan sedikit air dan kacau lagi. Nampak kering, masukkan lagi sedikit air kacau lagi. Ulang 4 atau 5 kali. Tujuannya supaya rempah betul-betul masak elok. Kalau rempah tak masak elok nanti makan tak sedap.

12. Bila rempah sudah masak elok, tambah 2 atau 3 cawan air biar berkuah pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing). Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

13. Bila perasa kuah sudah cukup, masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati.

14. Taburkan bawang goreng tadi dan gaul sebati lagi.

15. Bila sudah sebati dan meresap rempah ke dalam ayam, terus tutup api.
16. Ayam Masak Bawang yang selalu ‘top sale’ dekat kedai mamak sedia untuk dinikmati. Enak dimakan dengan nasi panas dan sayur kubis goreng.

Kredit resipi & foto: Mohd Rozmie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sangat Sedap! Resipi Ayam Goreng Berempah Garing Tak Guna Jintan
Resipi Puding Agar-Agar Karamel Tanpa Telur & Tak Perlu Kukus
Kukus Boleh, Bakar Pun Boleh, Puding Roti Dengan Sos Kastard
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Snek Paling Berbaloi! Hanya 3 Bahan Asas Boleh Buat Chicken Nachos Ni!

Tak perlu berbelanja lebih, kini kamu pun boleh buat sendiri chicken nachos di rumah. Resipinya mudah, hanya perlu 3 bahan asas sahaja kamu dah boleh buat potluck hujung minggu atau makan bersama keluarga sambil tengok bola nanti!
RESIPI CHICKEN NACHOS

BAHAN-BAHAN:

- 1/ Ayam cincang
- 2/ bawang besar potong dadu @cincang
- 3/ sos spaghetti tradisional
***Sebungkus tortilla chips boleh dibeli dr speedmart
****Chia seed (untuk di tabur selepas dihidang)


CARA MEMASAK:
1. Masukkan Ayam didalam minyak panas & tunggu hingga masak
2. Setelah masak ketepikan seketika ayam tadi untuk menumis bawang hingga kekuningan
3. Masukkan sos spaghetti tradisional, kacau hingga sebati dan perasakan dengan garam
4. Susun tortilla chips didalam pinggan, kemudian bolehlah di tabur sos yang telah masak tadi ke atas tortilla chips, kemudian di tabur Chia seed. Taraaa, siap untuk dihidang!
Untuk lebih meriah boleh juga di tambah capsicum, tomato dll.
Kongsi resipi: As Zulqa
https://www.facebook.com/as.adele.5/videos/517118148704012/
Sajian Barat Kesukaan Rakyat Malaysia. Homemade Lagi Sedap Lagi Jimat.

Makanan barat ni sebenarnya ringkas aje buatnya. Terutama menu snek dan kudapan, punyalah sedap boleh kenyang sampai ke malam. Tapi hati-hati tak boleh makan selalu nanti gemuk la pulak.
Apa pun sajian sebenarnya memang tak boleh ‘terlebih’makan. Okay, ni dia resipi ori dari barisan tenaga pengajar Chef Muhammad Aizat Sha’rani dan team chef Sg Academy yang terletak di Putra Majestik, Jln Kasipillay, Kuala Lumpur.

Buat sendiri kan lagi jimat…
1. MAC N CHEESE PRAWN

BAHAN-BAHAN:
- 500 gm makaroni
- 50 – 80 gm mentega
- 2 sudu makan tepung gandum
- 500ml susu segar
- 250 gram keju parut (shredded)
- 6 ekor udang | dibuang kulit
- Setangkai daun parsli | dicincang
- Garam secukup rasa
- Lada sulah atau lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Masak makaroni di dalam periuk mengikut arahan masa di bungkusan. Tos dan masukkan kembali ke dalam periuk.
2. Udang direbus. Angkat dan tos.
3. Cairkan mentega di di dalam kuali dan masukkan tepung. Goreng tepung sambil dikacau selama 1 minit atas api perlahan.
4. Perlahan-lahan tuang susu sambil kacau.
5. Masukkan udang dan cendawan.
6. Kacau sehingga ianya hampir mendidih, kecilkan api dan biarkan mereneh selama 2 minit. Tutup api.
7. Masukkan keju dan kacau sehingga ianya cair dan sebati.
8. Tuangkan sos keju ke atas pasta dan kacau sehingga bergaul dan bersalut rata
9. Tabur garam dan lada hitam secukup rasa
10. Masukkan daun parsli dan kacau rata.
11. Teruskan hidang sementara masih panas.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 25 hingga 30 minit
Cara memasak: Rebus dan reneh
Jenis masakan: Sajian barat
Keistimewaan: Rasa yang begitu enak berkrim dengan udang segar.
Info Chef : Selain udang anda boleh menggantikan dengan makanan laut yang lain atau pun ayam
2. BELGIUM WAFFLES

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji telur gred A
- 1 cawan tepung serbaguna @gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 3/4 cawan susu segar
- 1/2 cawan mentega | dicairkan
- 1 1/2 sudu makan gula kasterr
- 1/2 sudu teh esen l vanilla
CARA MEMASAK :
1. Panaskan pembakar waffle (waffle maker). Ayak tepung bersama baking powder.
2. Pukul telur hingga betul-betul kembang.
3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
4. Apabila pembakar waffle maker sudah panas, masukkan sesenduk adunan bater dan ratakan.
5. Tutup penutup pembakar (waffle maker) dan masak sehingga waffle masak.
Saiz hidangan: 4 0rang
Waktu memasak:15 hingga 20 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Waffle Belgium
Keistimewaan: Sedap dimakan dengan krim dan buah-buahhan
Info chef: Waffle juga enak dimakan dengan madu, mentega, coklat , jem dan sirap maple.
3. FUNNEL CAKE FRIES

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung serba guna
- 1sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- 2 biji telur
- 4 cawan gula putih
- ½ cawan susu
- 1 sudu teh esen vanilla
- 4 cawan minyak masak
- Serbuk kayu manis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk.
2. Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih.
3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam.
4. Gaul sehingga sebati.
5. Letakkan adunan di dalam beg piping.
6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F.
7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan.
8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula.
9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A)
Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef : Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
4. CALZONE

BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk doh :
- 300gm tepung gandum
- 6 gm yis
- 20 gm mentega
- 10 gm gula halus
- 1 sudu teh bread improver
- ¼ sudu teh garam
- 1½ sudu makan madu
- 170ml air
- 1 sudu makan mayonis
Bahan untuk inti ayam :
- 1 cawan isi ayam | dicincang halus
- 1 biji bawang besar | dihiris dadu
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
- 2.5 sm halia | ditumbuk halus
- 1 sudu makan pes cili
- 1 sudu makan rempah kari daging
- ½ sudu makan sos tomato
- Sedikit daun bawang | dihiris halus
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- 5 biji cili padi
- ¼ batang lobak merah
- Sedikit parutan keju cedar
- Sedikit air
CARA MEMASAK :
Doh:
1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
2. Tambah mentega dan terus meNggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.Kemudian bulatkan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
Inti ayam :
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing.
5. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat.
6. Perasakan dengan garam dan secubit gula.Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
Calzone :
7. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bahagikan pada 4 bahagian sama besar, bulat-bulatkan.
8. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper.Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti.
9. Letak daun salad 1/4 bahagian inti ayam dan taburkan parutan keju, kemudian lipat dua dan tekan hujungnya biar bercantum. Buat hingga siap pada baki adunan.
10. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu
11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan:4 orang
Waktu memasak:30 hingga 40 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Sajian berasal dari Itali
Keistimewaan: Inti yang lazat dengan kulit yang lembut
Info chef : Doh juga boleh dikelim seperti karipap di kelilingnya
5. SLOPPY JOE

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging cincang
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1 biji bawang besar holland |dicincang
- 1 cawan sup tomato
- 1 cawan puri tomato
- ½ cawan sos cili
- 1/3 cawan gula perang
- 3 sudu besar kicap
- 2 sudu makan | boleh letak lebih jika suka
- 12 biji bun burger
CARA MEMASAK :
1. Tumis bawang besar, bawang putih hingga sedikit garing.
2. Masukkan daging cincang dan goreng hingga masak.
3. Campurkan semua bahan-bahan lain dan reneh 20 minit. Kacau sekali sekala
4. Sudukan daging cincang di atas roti burger.
5. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 12 biji burger
Waktu memasak:30 hingga 35minit
Cara memasak: Tumis
Jenis masakan: Burger
Keistimewaan: Tidak menggunakan kepingan daging burger sebaliknya daging cincang yang dimasak lazat
Info chef : Berbeza dengan burger daging biasa, sloppy joe burger hanya dilapisi daging cincang yang dimasak tanpa perlu meletakkan bahan lain. Anda boleh menambah keju jika suka.
RESIPI : CHEF MUHAMMAD AIZAT SHA’RANI, CHEF NADZIRAH ABDUL RAZAK DAN CHEF FARIBUS ANAK KANDAU
TERIMA KASIH : MR PRABHA, SG ACADEMY, Lot D-00-03A, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

