Jika anda ada lebihan Rendang, cuba buat Rendang Cara Berlauk ni. Kuih tradisional dengan sedikit twist. Memang sedap dimakan panas-panas. Puas hati dengan hasilnya, tak rugi cuba. Untuk menambah aroma dalam hidangan, gunakan Anchor Unsalted Butter. Hidangan ini sesuai dinikmati untuk seisi keluarga. Jom cuba.
RENDANG CARA BERLAUK




Bahan-bahan:
- 500gm rendang daging | leftover
- 100gm daging kisar
- 2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
- 2 biji cili merah | dihiris
- 2 sudu besar bawang goreng
- 40gm daun sup | dihiris
- 2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 2 cawan air
- 2 cawan santan
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Memasak:
- Di dalam kuali, cairkan Anchor Unsalted Butter. Tumis daging kisar sehingga kering. Tambahkan daging rendang. Masukkan cili merah dan gaul sebati. Kemudian, masukkan bawang goreng serta daun sup.
- Untuk adunan: di dalam mangkuk, campurkan Anchor Unsalted Butter, tepung gandum, telur, air, santan dan serbuk kunyit. Gaul sebati.Pastikan tepung tidak berketul. Boleh juga guna pengisar untuk lebih mudah. Tapiskan adunan.
- Sapukan Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan pada acuan.
- Tuang adunan ke dalam acuan Cara Berlauk. Letakkan inti rendang di bahagian atasnya. Tambahkan juga daun sup dan hirisan cili merah di atasnya.
- Masak dengan api yang perlahan dalam 3-4 minit.
- Rendang Cara Berlauk siap untuk dihidangkan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official: