Rendang ikan tongkol, mungkin ada yang belum pernah rasa, tapi percayalah, bila ikan ini dimasak dengan rempah ratus pekat dan kaya aroma, memang padu sungguh rasanya.
Rendang ini enak dimakan dengan nasi ataupun dicicah dengan lemang. Jika nak cuba ini resipinya.
1 ekor ikan tongkol, dipotong nipis dan diperap dengan asam limau
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 senduk nasi cili kisar (campurkan semasa menumis)
20 biji cili api (ikut tahap kepedasan)
1 inci halia
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
Santan kelapa (dari 1 biji kelapa, lebih sedap jika diperah sendiri)
3 keping asam keping
2 helai daun kunyit, dimayang halus
Gula melaka secukupnya
Garam secukup rasa
Kerisik kelapa
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan 2 batang serai yang telah dititik dan kacau rata.
3. Tambahkan ikan tongkol yang telah diperap, asam keping, santan, gula melaka dan garam. Gaul sebati.
4. Masak dengan api sederhana sehingga kuah pekat dan rempah meresap ke dalam ikan. Boleh sesuaikan kepekatan mengikut citarasa.
5. Masukkan kerisik kelapa dan kacau sebati.
6. Akhir sekali, taburkan daun kunyit yang telah dimayang halus sebelum ditutup api.
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas atau lemang.
Kredit resipi & foto: Habibah Husin
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA