Rendang Kerang Kaw Kaw Pedas

Share

Asyik makan rendang ayam dan daging sahaja, cuba rasa penuh rempah rendang kerang yang beraroma enak. Pedas rendang menaikkan rasa kerang dan menambahkan lagi selera makan.

RENDANG KERANG PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • 3kg kerang (gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi)

BAHAN TUMIS

  • 5 biji bawang merah ros
  • 2 biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai – ambil bahagian dalam putih sahaja
  • 10 biji cili api kampung

 

BAHAN LAIN

  • 10 tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus
  • Santan – 1 biji kelapa
  • 3 sudu makan kerisik
  • 2 keping asam
  • 3 helai daun kunyit – hiris halus

 

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
2. Masukan santan – biarkan merenih dengan api perlahan
3. Masukan kerisik dan asam keping – renih sampai pekat
4. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan
5. Masukan daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam

KREDIT: Aezach AR

Published by
Putri Adila Saari