Rendang Kerang Pedas Menyengat, Merecik Peluh Pun Balun Semacam

Share

Resipi ni sesuai untuk keluarga yang ramat ‘umatnya’. Bagi 3 kg kerang, wah banyak tu tapi bila dah mula makan tak perasan pun dah balun makan banyak mana.
Kerang masak rendang memang sedap weii.

Cili kering campur cili padi memang meleleh air liur. Jom cuba resipi rendang pedas ni.

RENDANG KERANG PEDAS


.

BAHAN-BAHAN :

  • 3kg kerang | gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi



.

Bahan kisar :


.

  • 5 biji bawang merah ros
  • 2 biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2inci halia
  • 1inci lengkuas
  • 1inci kunyit hidup
  • 5 batang serai | ambil bahagian dalam putih sahaja
  • 10 biji cili api kampong
  • 10tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus
  • Santan – 1 biji kelapa
  • 3sudu makan kerisik
  • 2 keping asam
  • 3 helai daun kunyit – hiris halus
  • ½ cawan minyak
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
2. Masukan santan, biarkan merenih dengan api perlahan
3. Masukan kerisik dan asam keping – reneh sampai pekat
4. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan, perasakan garam dan gula.
5. Masukan daun kunyit yang dihiris halus dan rasakan dengan garam

#daporchefgarang
Kredit Resepi Dan Video : Aezach Ar

Published by
Faridah Talib