Syawal ni, sedap jugak kalau makan rendang limpa lembu kan? Tapi kalau tak kena gaya, limpa lembu yang tidak dimasak dengan betul boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Sebab itulah nak masak limpa lembu ni kena betul-betul. Biar hilang bau yang kurang menyenangkan tu. Ini resipinya.
Bahan-Bahan
500 gram limpa (dipotong kepingan besar)
8 tangkai cili kering (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
2cm halia (dikisar)
2cm lengkuas (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
1 biji kelapa (diambil santan)
1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan kerisik
Air secukupnya (jika perlu)
CARA MEMASAK:
1. Masukkan limpa, bahan-bahan kisar, santan, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serai dan asam gelugur ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih. Guna api kecil. Biar lama masaknya.
2. Apabila kuah sedikit kering kira-kira separuh dari jumlah asal, perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan kerisik. Gaul lagi hingga hampir kering. Perlahankan api.
4. Setelah rendang kelihatan semakin pecah minyak, padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!