Pucuk ubi pun boleh buat masak rendang tau. Hidangan ini berasal dari Negeri Sembilan. Dimasak hingga betul-betul kering.
Kali ini, Puan Siti Mariyatul Chiptiyah sudi berkongsi resipi rendang pucuk ubi yang diperoleh daripada ibu mertuanya, anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan.
Menurutnya dia turut menghalalkan resipi ini dan menyeru semua agar mencuba resipi ini. Jom kita buat.
Ada kalanya kita rasa nak makan dengan lauk pauk ringkas sahaja seperti sayur yang dimasak bening. Ia ringkas, mudah disediakan serta enak dinikmati bersama lauk pauk yang lain. Nak cuba? Rasa tampilkan resipi-resipi sayur bening yang boleh anda sajikan buat keluarga tercinta.
1. SAYUR PUCUK MANIS MASAK BENING BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk manis
100gm labu | dipotong dadu
2 ulas bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
3 biji cili padi
1 liter air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air dan labu ke dalam periuk. Didihkan sehingga labu empuk.
Kemudian masukkan pucuk manis, hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang dihiris.
Perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Biarkan mendidih seketika dan angkat.
Nikmati segera.
Info chef: Selain labu, boleh juga menggunakan keledek.
2. SAYUR BAYAM MERAH MASAK BENING BERSAMA UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
1 ikat bayam merah | dibersihkan
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
1 hiris halia
Garam secukup rasa
3 cawan air
CARA MEMASAK:
Didihkan air bersama hirisan bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia.
Kemudian masukkan bayam merah yang telah dibersihkan.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan memasak sayur dengan terlalu lama kerana khasiatnya akan hilang serta kurang enak.
3. MASAK AIR SAYUR PETOLA BERSAMA UDANG KERING & SUHUN
BAHAN-BAHAN:
1 biji petola | kupas dan hiris
4 ulas bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
2 sudu makan udang kering | direndam air
15gm suhun | direndam
1 biji cili merah | dihiris
500ml air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan sayur petola.Rebus sehingga petola agak lembut.
Kemudian masukkan udang kering dan suhun.
Perasakan dengan garam dan masak sebentar. Matikan api dan bolehlah diangkat.
Tabur hirisan cili dan sedia dinikmati.
Info chef: Selain udang kering, boleh juga menggunakan udang segar untuk rasa yang lebih enak.
4. SAYUR BENING CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
300gm kubis | dihiris
1/2 batang lobak merah | dihiris
50gm udang kertas 3 sudu teh lada hitam 2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih Air secukupnya Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan air bersama kubis, lobak merah, bawang merah serta bawang putih. Biar sehingga lembut.
Kemudian masukkan udang dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Hidangan ini bagus bagi merawat selsema serta memanaskan badan
5. TUMIS AIR PEDAS PUCUK PAKU BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk paku | dibersihkan
2 biji bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih
Segengam udang basah
1 biji cili merah | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih seketika.
Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih.
Seterusnya masukkan pucuk paku, cili merah dan udang. Masak sehingga lembut.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan dari mengambil daun serta batang pucuk paku yang telah tua.
6. CENDAWAN TIRAM MASAK BENING BERSAMA SERAI
BAHAN-BAHAN:
300gm cendawan tiram | disiat dan dibersihkan
2 batang serai | dititik
4 biji cili padi | dipecah sedikit
2 ulas bawang merah | dihiris
1 liter air
Garam dan serbuk pati ikan bilis secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan serai, bawang merah serta cili padi.
Kemudian masukkan cendawan. Kacau rata hingga cendawan lembut.
Perasakan dengan garam serta pati ikan bilis dengan secukupnya.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Cendawan tidak perlu dimasak lama kerana ia akan lembik.
7. PUCUK BELINJAU MASAK AIR
BAHAN-BAHAN:
1 ikat daun belinjau
1 sudu makan ikan bilis
2 biji bawang merah | dimayang
1 ulas bawang putih | dimayang
Sedikit suhun
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan bersama bawang merah, bawang putih serta ikan bilis.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih sekali lagi.
Akhir sekali masukkan daun belinjau dan biarkan sehingga lembut.
Tutup apinya dan angkat.
8. BENING BAYAM HIJAU DAN JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
2 ikat bayam hijau | dibersihkan
2 biji bawang merah | dihiris nipis
1 biji cili merah | dihiris
1 tongkol jagung manis | dipotong kecil
1500ml air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air dan jagung ke dalam periuk. Rebus sehingga jagung empuk.
Kemudian masukkan hirisan bawang merah, gula serta garam dengan secukupnya.
Akhir sekali masukkan sayur bayam. Gaul rata dan dididhkan seketika. Tabur cili merah.
Sedia untuk dinikmati.
9. SAYUR PEDAS BETIK BERSAMA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik mengkal
3 biji cili padi | dihiris
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih | dihiris
2 sudu makan ikan bilis
Sedikit suhun
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kupas betik dan potong kecil. Celur seketika dan toskan airnya.
Tumbuk bawang merah hingga lumat. Ketepikan.
Masak air sehingga mendidih. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk, ikan bilis, cili padi, bawang putih, suhun dan betik. Biarkan mendidih.
Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya. Masak sehingga betik kelihatan lembut.
Ikan Mahal ! Jom Tukar dengan tempe kerana ia juga sumber protein dan harganya jauh lebih murah dari harga ikan. Tempe ini kalau ena gaya masak, pasti rasanya tidak akan menyecewakan. Sebab itulah ramai yang menyukai makanan yang diperbuat dari kacang soya ini.
Tempe sumber protein yang boleh dipelbagaikan cara memasak, berikut tiga resipi mudah sesuai untuk anda yang setiap hari sentiasa dikejar masa. Ketiga-tiga resipi ini hanya memerlukan 15 minit sahaja untuk memasak, tak percaya cubalah… mudah je..
TEMPE SOS TIRAM BERSAMA TAUHU
BAHAN-BAHAN:
1 paket tempe| hiris memanjang
1 keping tauhu | hiris memanjang
Sedikit hirisan cili benggala merah
Sedikit hirisan cili beneggala hijau
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
10 biji cili padi | hiris
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tempe dan tauhu satu per satu, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang besar, bawang putih dan hirisan cili hingga wangi.
Masukkan hirisan cili benggala merah dan hij
Diikuti tempe dan tauhu yang digoreng tadi, kacau rata.
Tambahkan sos tiram dan sos tomato. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan.
TEMPE NUGGET MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm
1biji telur
3 sudu makan tepung gandum
1/2 biji bawang besar | dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan Sos Cili Thai
1biji cili merah | cincang halus
1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
Sedia dihidangkan.
TEMPE TENDER BERSAMA SOS KICAP
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong memanjang
1 biji telur
1 cawan nestum | hancurkan
1 sudu teh serbuk lada hitam
Secubit garam
BAHAN SOS KICAP:
2 sudu makan kicap pekat manis
6 ulas cili padi
1 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan tempe tender, pecahkan telur dalam mangkuk.
Campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
Celupkan tempe dalam telur kemudian gaulkan dalam serbuk nestum.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
Goreng tempe hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya atas tisu dapur.
Untuk menyediakan sos kicap. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
Solok lada adalah salah satu dari lauk sayuran Kelantan yang sering kita lihat jika membeli nasi kerabu. Lada ataau cili besar yang diisi dengan dengan isi ikan dan kelapa.
SOLOK LADA
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili/lada hijau
7 ekor ikan selayang/sardin
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 biji bawang merah besar
1 biji telur
1 sudu besar kelapa goreng( optional )
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
5 sudu besar santan pekat
RM2 kelapa putih
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan terlebih dahulu. Setelah masak, toskan dan biar sejuk. Ambil isi sahaja Ketepikan.
2. Kemudian, belah tengah cili dan buang biji. Basuh bersih dan toskan.
3. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sampai hancur. Masukkan dalam bekas lain.
4. Seterusnya tumbuk kelapa sedikit hancur dan tumbuk isi ikan tadi. Campurkan semua bahan termasuk garam dan gula ke dalam bekas dan boleh gaul sebati.
5. Rasa isi solok sebelum disumbat ke dalam cili. Biar ada manis sedikit baru sedap. Jangan masin tau. Isi inti solok ke dalam cili penuh-penuh.
6. Solok boleh dimasak menggunakan dua cara iaitu secara kukus atau rebus. Jika mahu kukus, susun solok di dalam bejkas kukusan dan jika mahu rebus, susun di dalam periuk. Anggaran masa memasak ialah 10-15 minit ( kukus) dan 5-10 minit ( rebus).
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.