Rendang Pucuk Ubi Sedap Nikmati Dengan Nasi Panas

Share

Kalau biasa merendang ayam dan daging. Kali ini boleh cuba kelainan rasa dengan merendang pucuk ubi pula. Boleh buat anda makan bertambah dengan resipi yang satu ini. Walaupun agak renyah membuatnya, yang penting rasanya memang ‘rare’

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ikat pucuk ubi | bersihkan – saya potong kasar
  • 3 kotak santan (200ml setiap kotak) – saya campur air sama banyak dengan santan
  • 2 bawang besar, 5 ulas bawang putih, 2 batang serai, cili api ikut suka pedasnya, sedikit kunyit hidup – kisar
  • 2 helai daun kunyit | hiris halus
  • Segenggam ikan bilis | dibersihkan
  • Sedikit air asam jawa

CARA MEMASAK:

1.  Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Tumis hingga pecah minyak. Sebab saya nak cili api tu betul-betul masak. Kurang sikit pedasnya.

2.   Masukkan santan, air dan ikan bilis. Kacau hingga mendidih dan sedikit kering.

3.   Masukkan air asam jawa dan pucuk ubi. Rasa garam dan kacau selalu sehingga hampir kering.

4.  Masukkan daun kunyit,  gaul rata. Tunggu hingga betul-betul kering. Dah kering bolehlah dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Azie Al-Bakri via MAHN

ANDA SEDANG MENCARI PRESSURE COOKER , JOM KLIK DI SINI.

Published by
Putri