Uncategorized

Rendang Sotong Paling Mudah, Kena Cuba Ni!

Share

Rendang sotong yang RASA kongsikan ini wajib anda cuba kerana ia sangat mudah disediakan dan mempunyai rasa yang sedap. Tidak sampai 20 minit hidang anda boleh disajikan, tidak perlukan kerisik atau menunggu lama di dapur.  Untuk mencuba, ini resipi yang dikongsikan:-

RENDANG SOTONG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong
  • 6 tangkai cili merah-kisar
  • 3cm kunyit hidup-kisar
  • 2cm halia-kisar
  • 2 batang serai-kisar
  • 4 ulas bawang merah-kisar
  • 3 ulas bawang putih kisar
  • 200 ml santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

 

CARA MASAK:

  1. Bersihkan sotong, masukkan kepalanya dalam badan dan kemaskan dengan lidi di atasnya.
  2. Panaskan air dalam periuk dan celur sotong seketika (lebih kurang 2-3 minit). Angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan santan, kacau dan biarkan santan merenah hingga pekat.
  4. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya
  5. Akhir sekali masukkan sotong, kacau rata dan biarkan hingga kuah lebih pekat dan timbul minyak baru angkat.
Published by
Norasida Myasin