Pejam celik pejam celik dah ramadan yang ke 27 kita harini. Episod Rasa Nostalgia Ramadan pun dah episod ke 21. Dah nak raya ni mestilah terfikir nak masak rendang style apa ye tak? Macam Mama Lan Solo ni pilihan hatinya Rendang Tok. Kalau korang nak ikut resipi Mama Lan Solo ni pun boleh sangat untuk juadah Raya nanti. Ramuan paling penting mestilah kena ada AJINOMOTO barulah lengkap rasa masakan kita. Macam episod sebelum ni, wajib ada pencuci mulut, kalini resipi yang dikongsikan adalah Bubur Pulut Hitam.
RENDANG TOK
BAHAN-BAHAN:
1 kg Santan segar pekat
3 sudu besar Kerisik
1 keping Gula melaka, 90 gm
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO
1 sudu kecil Gula
2 sudu kecil Garam
1 ½ helai Daun kunyit, dihiris
1 keping Asam keping
BAHAN A:
1 kg Daging, dipotong kiub saiz sederhana
4-5 sudu besar Cili kering kisar – ikut pedas disukai
3 kuntum Bunga lawang
1 batang Kulit kayu manis
3 biji Buah pelaga
5 biji Bawang merah, dihiris
3 ulas Bawang putih, dihiris
BAHAN KISAR:
5 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1 inci Halia
1 inci Lengkuas
5 batang Serai
BAHAN-BAHAN SANGAI:
1 sudu besar Jintan kasar/jintan manis
1 sudu besar Jintan halus/jintan putih
1 sudu besar Biji ketumbar
CARA PENYEDIAAN:
Satukan bahan A, B dan C ke dalam periuk dan perap selama 4 jam.
Masak atas api perlahan sehingga air kering. Kemudian, masukkan santan. Kacau atas api perlahan selama 3-4 jam
Masukkan kerisik, gula melaka dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO, gula dan garam secukup rasa.
Kacau sehingga daging mula empuk dan berwarna agak hitam dan kering tetapi tidak hangit.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping. Gaul sebati dan masak seketika.
Sedia untuk dihidang.
BUBUR PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan Pulut hitam
6 cawan Air, untuk merebus pulut
1/2 biji Kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
2 helai Daun pandan, dicarik dan disimpul
Secukupnya Garam
3/4 cawan Gula putih
1/2 ketul Gula melaka
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO
CARA PENYEDIAAN PULUT HITAM:
Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut.
Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut.
Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka.
Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat.
Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
CARA KUAH SANTAN:
Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih.
Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan.
Kemudian masukkan AJI-NO-MOTO dan garam secukup rasa.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.