Rindu nak ke Korea untuk street food ke? Gatal dah kaki nak melancong ke Korea tapi Covid pula. Alang-alang terperap di rumah tu apa kata cuba resepi Korean Egg Bread atau dalam Korea di panggil sebagai (Gyeran-ppang). Caranya sangat mudah dan pantas apatah lagi bila kita guna air fryer je memang sekelip mata jelah masak. Bila dah ada banyak masa di rumah, inilah masanya kita mencuba pelbagai resepi menggunakan peralatan dapur yang sedia ada di rumah. Kalau menjadi resepi ni, bolehlah cuba jual dengan orang terdekat! Dapatlah side income sikit betul tak? Jom kita cuba!
KOREAN EGG BREAD
BAHAN-BAHAN: 80g susu segar 40g gula kastor 1 sudu kecil garam halus 1 biji telur 20g mentega yang telah dicairkan 1 sudu kecil esen vanilla 90g tepung naik sendiri (blue key) 1 sudu kecil baking powder Mozarella & cheddar cheese Parsley leave
CARA MEMASAK: 1. Masukkan susu segar, gula, garam, telur, butter dan esen vanilla. Kacau sebati. (Adunan A) 2. Masukkan tepung dan baking powder yang sudah diayak. Kacau sebati. (Adunan B) 3. Campurkan adunan A & B. Gaul hingga sebati (Adunan C) 4. Sapu acuan dengan butter, masukkan adunan C dlm acuan. Taburkan cheese mozarella dan cheddar, letak banyak lg sedap Letakkan kembali sedikit adunan tadi di atasnya. Dan ratakan. 5. Pecah 1 biji telur di atasnya. 1 biji setiap satu acuan. Pecahkan telur kuning menggunakan garfu.
Ads
7. Akhir sekali letakkan sedikit parsley leaves
7. Bakar dalam Air fryer pada suhu 160C selama 20 minit. 8. Siap boleh la makan
Nak cuba resipi sambal belacan Kelantan asli yang pedas padu, wangi limau kasturi dan cukup rasa kampung? Jom buat sambal belacan Kelate style paling mudah tapi sedap!
Orang Kelantan memang sinonim dengan sambal – dari makan nasi putih, nasi kerabu sampai ke ulam-ulaman, mesti ada sambal belacan sebagai pelengkap. Sambal belacan Kelate style istimewa kerana guna limau kasturi dan belacan bakar, yang buat rasanya lebih harum, pedas padu dan seimbang masam-manis.
Bahan-Bahan Sambal Belacan Kelate Style
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji bawang holland – dibakar
1 labu bawang putih – dibakar
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 biji tomato – potong dadu
3 biji limau kasturi – hiris halus
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau
4 inci belacan – dibakar
5 biji cili merah
5 biji limau kasturi – Ambil jus
20 gram pes asam jawa- larut dengan air
5 biji limau kasturi – potong 2 buang biji
Cara Membuat Sambal Belacan Kelate Style
Bakar bawang putih, bawang holland
Kemudian bakar belacan.
Kupas bawang putih.
Masukkan belacan ke dalam blender, bawang putih, cili padi dan cili merah dan jus limau kasturi.
Masukkan juga limau buah kasturi dan air asam jawa.
Masukkan garam gula dan serbuk perasa. Kacau sebati
Hiris bawang holland yang dibakar tadi bersama hirisan tomato. Kacau sebati
Hiris limau kasturi halus dan masukkan dalam sambal belacan. Kacau sebati.
Siap untuk dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kerabu suhun memang sangat mudah cara penyediaannya, tak perlu pun masak berjam-jam hanya perbanyakkan menggaul bahan sehingga sebati segala bahannya dan dah siap! Sesuai sangat resipi kerabu suhun ni untuk orang yang sukakan menu ringkas tapi sedap. Resipi Kerabu Suhun yang dikongsikan oleh Cik Ning Haniey di Facebook ada menggunakan kerang dan sotong dalam penyediaan Kerabu Suhun ni memang sangat istimewa rasanya. Jom kita cuba resipi Kerabu Suhun ni.
RESIPI KERABU SUHUN
BAHAN-BAHAN:
Kobis jepun
Lobak merah
Jus limau nipis
Bawang merah
Cili padi merah/hijau
Kerang
Sotong
Suhun
Gula
Garam
Perisa
Cuka
Kicap
CARA PENYEDIAAN:
Sediakan bekas yang sesuai untuk menggaul kesemua bahan.
Masukkan garam, gula, cuka, dan kicap mengikut selera masing-masing.
Masukkan bahan lain seperti lobak merah, cili, bawang, sedikit jus perahan limau nipis, sotong (direbus), dan kerang (direbus) boleh cuba rasa dahulu dan tambah apa yang patut jika kurang rasa.
Masukkan suhun yang telah dicelur gaul sehingga sebati dan serasi.
Kikis kulit ikan tenggiri, ambil isi ikannya sahaja.
Kemudian hancurkan isi ikan tenggiri dengan lumat dan masukkan air garam serta tepung jagung. Adun hingga boleh membentuk doh untuk membuat bebola ikan. Ketepikan.
Untuk membuat kari; tumis bahan-bahan yang telah dikisar halus seperti bawang merah, bawang putih, cili merah, halia dan lengkuas ke dalam periuk.
Selepas itu masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis dan kacau sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air asam jawa dan biarkan ia mereneh seketika.
Bentukkan bebola ikan dan masukkan ke dalam renehan tumisan tadi.
Setelah bebola itu terapung ke atas bermakna bebola itu sudah masak.
Kemudian masak masukkan sayur-sayuran seperti terung, tomato dan bendi sehingga separuh masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh juga masukkan cili hijau untuk lebih sedap.
Cuba resipi popia roti sedap dan rangup ini! Resipi mudah guna lebihan roti sandwic – sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal. Klik untuk langkah penuh.