Resepi Apam Lenggang Mudah. Bahan Sukat Guna Cawan Je

Share

Anda suka makan Apam Lenggang? Ni min nak kongsi resipi mudah perkongsian saudari Shida Razak KC yang anda boleh cuba buat secara homemade. Senang je rupanya. Bahan-bahan mudah kita perolehi dan sukatannya menggunakan cawan serta sudu. Senanglah nak sukat kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Cara makannya pun ringkas sahaja. Boleh dimakan begitu sahaja atau sesuai juga dimakan bersama sambal atau kuah bersantan. Selamat mencuba!

 

CARA MASAK APAM LENGGANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
1 cawan santan
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung beras beli online disini
1/2 cawan tepung gandum beli online disini
1 cawan nasi
1 cawan air suam
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu makan yis mauripan beli online disini
1/2 cawan gula

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus dan sebati.
2. Bila sudah siap dikisar, masukkan ke dalam bekas dan tutup bekas tersebut. Peram selama 1-2 jam.


3. Untuk memasaknya, panaskan non-stick pan/kuali tak melekat. Oles sedikit mentega atau minyak menggunakan berus. Guna api kecil sahaja.


4. Tuang bancuhan apam dengan menggunakan senduk bulat dan rata-ratakan adunana supaya menipis dalam kuali. Proses ni macam kita buat kulit ketayap atau lempeng. Kalau kuali ade penutup boleh tutup masa memasak supaya apam masak sekata dan lembut.


5. Bila keliling apam sudah garing boleh gulung terus dalam kuali atau lipat dua. Angkat, letak terus dalam pinggan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Shida Razak KC

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur