Sedapnya lauk Balado Ayam ni. Ringkas, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Walaupun cuma satu lauk, ini pun dah cukup untuk membuka selera suami dan anak-anak. Nak cuba masak? Resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni antara yang terbaik boleh dicuba.
RESIPI BALADO AYAM MUDAH, SEDAP & TAK GUNA BANYAK BAHAN
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ayam dan perap dengan serbuk kunyit dan garam. Gaul rata. 2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Angkat. 3. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi. Kemudian tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Jika minyak kurang, tambah sedikit. 4. Bila dah pecah minyak, masukkan garam, sedikit gula dan ½ inci asam gelugur. Asam gelugur tidak letak banya bagi elak rasa yang terlalu masam. 5. Masukkan ayam dan bawang hiris. Kacau rata sehingga bawang layu. Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Tatkala syawal menjelma, ketupat atau lemang menjadi pilihan hidangan pembuka selera. Berlaukkan serunding, gabungan keduanya cukup sempurna melengkapkan menu hidangan istimewa lebaran ini.
Ni dia, RASA tampilkan lima resepi serunding enak buat membangkitkan selera seisi keluarga dan tetamu yang bertandang.
1. SERUNDING DAGING
BAHAN-BAHAN
1 kg daging batang pinang
Minyak masak untuk menumis
5 senduk cili boh
1 kg santan
Gula merah dan garam secukupnya
Sepeket kerisik
Secawan air asam jawa
Bahan A :
½ kg bawang besar
10 ulas bawang putih
5 batang serai
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
Bahan B :
2 genggam jintan manis
2 genggam ketumbar
CARA MEMASAK:
Rebus daging sehingga empuk dan disiat halus.
Kisar semua bahan A.
Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan bahan B dan santan. Kacau sebati.
Masukkan daging yang telah disiat.
Masukkan gula, garam dan kerisik.
Masukkan air asam jawa.
Masak dengan api perlahan sehingga garing dan angkat.
Info chef: Ketuk daging yang telah direbus tadi hingga lembut bagi memudahkan proses menyiat daging.
2. SERUNDING AYAM
BAHAN-BAHAN
1 kg ayam
Minyak masak untuk menumis
5 senduk cili boh
1 kg santan
Gula merah dan garam secukupnya
Sepeket kerisik
Secawan air asam jawa.
Bahan A
½ kg bawang merah
10 ulas bawang putih
2 batang serai
2 cm lengkuas
Bahan B
3 genggam jintan manis
3 genggam ketumbar
CARA MEMASAK:
Rebus isi ayam sehingga empuk dan disiat halus.
Kisar semua bahan A.
Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan bahan B dan kacau.
Masukkan santan dan kacau sebati.
Masukkan isi ayam yang telah disiat.
Masukkan gula, garam dan kerisik.
Masukkan air asam jawa.
Masak sehingga garing dan angkat.
Info chef: Anda boleh menggunakan api yang perlahan ketika mereneh rendang. Semakin rendang di masak lama, semakin enak rasanya.
3. SERUNDING IKAN
BAHAN-BAHAN
2 kg ikan
Minyak masak untuk menumis
5 senduk cili boh
1 kg santan
Bahan A
1/2 kg ulas bawang besar
10 ulas bawang putih
5 batang serai
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 cm lengkuas
Bahan B
3 genggam jintan manis
3 genggam ketumbar
CARA MEMASAK:
Rebus ikan dan asingkan bahagian isi dan tulang.
Kisar semua bahan A.
Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan bahan B dan kacau.
Masukkan santan dan kacau sebati.
Masukkan isi ikan yang telah diasingkan tulang.
Masukkan gula, garam dan kerisik.
Masukkan air asam jawa.
Masak dengan api perlahan sehingga garing dan angkat.
Info chef: Serunding ikan sesuai juga dimakan bersama roti dan dijadikan inti kuih muih.
4. SERUNDING IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
250 gm ikan bilis putih
Minyak masak untuk menumis
5 senduk cili boh
Gula merah dan garam secukupnya
Sebiji kelapa parut
Sepeket kerisik
Secawan air asam jawa
Bahan A
½ kg bawang merah
10 ulas bawang putih
5 batang serai
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 cm lengkuas
Bahan B
3 genggam jintan manis
3 genggam ketumbar
CARA MEMBUAT:
Rendam ikan bilis putih dan kisar.
Kisar bahan A.
Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati.
Masukkan ikan bilis yang telah dikisar kasar.
Masukkan gula merah, garam, kelapa parut dan kerisik.
Masukkan air asam jawa.
Masak dengan api perlahan sehingga garing dan angkat.
Info Chef: Pilih ikan bilis yang berkualiti untuk menghasilkan serunding yang sedap.
5. SERUNDING UDANG GERAGAU
BAHAN-BAHAN
250 gm udang geragau
Minyak masak untuk menumis
5 senduk cili boh
Gula merah dan garam secukupnya
Sebiji kelapa parut
Sepeket kerisik
Secawan air asam jawa
Bahan A
½ kg bawang besar
10 ulas bawang putih
5 batang serai
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 cm lengkuas
Bahan B
3 genggam jintan manis
3 genggam ketumbar
CARA MEMASAK:
Rendam udang geragau dan kisar kasar.
Kisar bahan A.
Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati.
Masukkan udang geragau yang telah dikisar kasar.
Masukkan gula merah, garam, kelapa parut dan kerisik.
Masukkan air asam jawa.
Masak dengan api perlahan sehingga garing dan angkat.
Info Chef: Pastikan serunding betul-betul kering supaya anda dapat menyimpannya untuk tempoh yang lama.