Resepi Ayam Percik Paling Mudah & Di Jamin Sedap

Share

Dah lama tak menikmati ayam percik. Lagi best buat secara homemade.Mudah saja caranya ikut resipi ini. Nak sedap ayam bakar ini bila ia diperap lama. Penyediaan kuah dengan ramuan yang terpilih juga membuatkan rasa ayam percik ini enak sekali.

Ayam Percik

Bahan-bahan:

Bahan perapan:

  • 1 ekor ayam dipotong 4 (guna bahagian dada saja)
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • halia sebesar ibu jari*
  • Garam secukupnya
  • Bahan untuk kuah:
  • 1 cawan santan cair*
  • 4 batang serai*
  • halia besar ibu jari*
  • lengkuas besar ibu jari*
  • 20tangkai cili kering* (rendam air panas dulu)
  • 1 cawan air*
  • 5 sudu makan gula
  • Sedikit garam
  • 1 sudu makan bahan perasa (optional, saya guna Maggi Cukup Rasa untuk rasa manis-manis)
  • 2-3 butir asam keping
  • Santan pekat (masukkan kemudian)

Cara memasak:

1.Tumbuk semua bahan perapan bertanda* seperti yang disenaraikan di atas. Tumbuk kasar semua bahan tersebut dan perasakan dengan sedikit garam.

2.Kelar sedikit ayam supaya ia dapat menyerap bahan perapan. Lumur dan perapkan lebih kurang 1 jam atau lebih. Kalau lebih lama, lebih sedaplah rasanya.

3.Sementara itu, kita boleh sediakan kuah. Ambil semua bahan yang bertanda *dan kisar dengan blender. Selepas siap dikisar, didihkan di atas pemanggang, kuali atau periuk masakan anda.

Tambahkan 2-3 butir asam keping dan perasakan dengan gula, garam, dan perasa.

4.Seterusnya, ambil ayam yang diperap tadi dan masukkan ke dalam didihan kuah sehingga separuh masak.

5.Selepas ayam agak-agak kecut sedikit / separuh masak, keluarkannya dan perapkan lagi sekali dengan sedikit kuah ini selama 1 jam atau lebih.

Sementara itu, lebihan kuah yang di atas kuali kita tambahkan dengan 1 cawan santan pekat. Masakkan semua biar mesra dan bila teksturnya dah cukup pekat, bolehlah tutup api.

6.Akhir sekali, bolehlah dimasak ayam tadi mengikut cara yang anda suka. Boleh bakar dalam oven, panggang atas api atau dimasak atas kuali leper asalkan ia masak sepenuhnya.

7.Sedia dihidangkan.

Bila ayam dah masak sepenuhnya, hidangkan bersama kuah yang dibuat tadi. Nampak menyelerakan. Kalau dah tahu resepi ayam percik ini, tak perlulah anda keluar dan membeli lagi.

Kredit: Juliana Jue

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-sizzling-tauhu-telur-mudah-betul-cara-masaknya/

https://www.rasa.my/cara-masak-shrimp-omelette-sedap-macam-dekat-restoran-thai/

https://www.rasa.my/resipi-mushroom-chicken-pie-mudah-tanpa-uli-hanya-guna-pastri-segera/

https://www.rasa.my/resipi-kuih-bom-bijan-yang-sedap-lembut-tak-liat-walau-dah-sejuk/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri