Ada ketika kita teringin nak cuba buat Blueberi Cheese Tart atau Tat Keju Bluberi tapi agak ragu-ragu kerana bimbang tidak menjadi. Kalau nak beli, harga boleh tahan mahal juga. Jika keluarga besar, memang tak puas makan. Bagi anda yang nak cuba buat dengan bajet yang kecil, resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni antara yang ringkas dan mudah. Boleh cuba.
Menurut beliau lagi, resipi ini dikongsi daripada Almarhum Ustaz Abdullah dan beliau memang suka guna resipi ni. Semoga dengan perkongsian ini dapat menjadikan ‘ladang’ pahala buat almarhum. Al-Fatihah.
RESIPI CHEESE TART VERSI BAJET
BAHAN KULIT TAT:
CARA MEMASAK:
1. Mentega dan gula dipukul hingga kembang dengan menggunakan senduk kayu sahaja.
2. Bila sudah kembang, masukkan telur. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen vanilla. Kacau hingga sekata.
4. Kemudian tuang tepung sedikit demi sedikit. Kacau dulu dengan senduk kayu. Bila doh sudah agak berat, baru gaul guna tangan.
5. Rupa doh yang siap diuli.
6. Sediakan acuan tat bersaiz 4.5cm @ 5cm. Isi doh ke dalam acuan. (beli ACUAN TAT secara online DISINI)
7. Bila sudah siap, cucuk adunan dengan menggunakan garpu. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit atau hingga keperangan. Suhu mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.
8. Kulit tat yang siap dibakar perlu dibiarkan sejuk seketika.
9. Sudukan filling blueberi atau apa-apa filling kesukaan. Ketepikan.
BAHAN-BAHAN KEJU:
CARA MEMBUAT:
1. Pukul krim keju yang baru dikeluarkan dari peti sejuk hingga kembang.
2. Masukkan gula.
3. Kemudian masukkan telur. Pukul sekejap untuk sebatikan telur.
4. Masukkan adunan krim keju ke dalam piping bag. (beli PIPING BAG secara online DISINI)
5. Picit adunan keju ke dalam kulit tat tadi.
6. Corakkan permukaan tat mengikut kreativiti masing-masing.
7. Bakar kembali tat selama 10 minit pada suhu 170C.
8. Tat Keju siap untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Rosni Musa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official