Resepi Cheesekut Paling Sedap. Cuba Yang Ni Tak Cari Lain Dah

Share

Sedapnya Cheesekut. Ia adalah salah satu dari pencuci mulut paling mudah buat dan rasa sangat enak. Bagi anda yang sukakan rasa keju, hidangan ini pastinya wajib cuba. Tak perlu masak guna ketuhar pun. Cukup sekadar disejukkan dalam peti sejuk. Memang terbaik. Jom cuba resipi perkongsian saudara Muhammad Ali ni. Pasti puas hati.

CARA BUAT CHEESEKUT SEDAP

BAHAN-BAHAN:
500gm krim keju (cream cheese)
110gm gula ising beli online disini
2 sudu teh esen vanilla beli online disini
190gm krim putar tenusu (dairy whipping cream)
16 keping biskut crackers atau apa sahaja jenis biskut petak. Kalau nak tebal lagi boleh lebihkan biskut


Susu coklat / susu full cream beli online disini
Milo beli online disini
Serbuk koko beli online disini

CARA MEMASAK:

1. Putar krim keju selama 2-3 minit. Pastikan krim keju sudah pun berada pada suhu bilik.

2. Masukkan gula ising dan esen vanilla. Sambung putar sampai semuanya sebati. Ketepikan seketika.

3. Dalam bekas yang berlainan, pukul krim putar sehingga kental.

4. Kemudian kaup balik krim putar tadi dengan krim keju. Kaup hingga sebati kemudian ketepikan seketika.

5. Ambil mangkuk kecil. Masukkan susu coklat atau susu full cream. Lebih sedap jika guna susu coklat.

6. Sebagai asas kek ini, letakkan lapisan pertama biskut TANPA CELUP KE DALAM SUSU. Guna loyang empat segi bersaiz 6 inci. Jadi ia akan muat untuk 4 keping biskut untuk setiap lapisan. Ia bertujuan untuk menjadikan lapisan asas kukuh.

7. Masukkan adunan krim keju yang telah dikaup dengan whipping cream tadi. Jumlahnya terpulang pada cita rasa. Kemudian tabur milo.

8. Ulang langkah dengan mencelup biskut ke dalam susu dan lapiskan dengan krim keju serta taburkan dengan milo. Ulang hingga habis adunan.

9. Simpan Cheesekut dalam peti sejuk dan biarkan semalaman.

10. Setelah di setkan semalaman, tanggal kek dari loyang kemudian tabur serbuk koko. Jika nak tabur milo atau topping lain pun boleh.

11. Cheesekut siap untuk dinikmati. Perasanya boleh diubah mengikut kreativiti masing-masing.

INFO: Kalau tak nak kek ini tinggi sangat, satu adunan ini boleh dubahagikan kepada dua tetapi kena pakai loyang 5 inci. Nak pakai 6 inci boleh tapi Cheesekut akan jadi sedikit nipis.

Kredit resipi & foto: Muhammad Ali

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur