Resepi Chicken Roulade Bikin Mr ‘Shuben’ Cair. Para Isteri Kena Cuba Buat!

Share

Resipi memikat suami yang kaum isteri kena cuba. Mudah, sedap dan persis hidangan yang disediakan di restoran. Pasti si dia lebih ‘jatuh hati’ kali ni.

BAHAN – BAHAN:

  • 1 keping  dada ayam
  • 50gm serbuk roti
  • Tali untuk mengikat

 

BAHAN PERAPAN:

  • 1 sudu makan madu
  • 2 tangkai herba thymes
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

 

BAHAN SOS:

  • 2 ulas bawang merah | dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1 helai daun bay
  • 3 sudu makan mentega
  • 300ml susu
  • 3 keping keju cheddar
  • 1 sudu teh keju parmesan
  • 2 sudu makan roux
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Ketuk dada ayam bagi menipiskan dan memudahkan proses menggulung dan mengikat. Lumur bahan perapan dan biarkan seketika.
  2. Letakkan serbuk roti pada ayam dan gulung ayam dengan kemas. Ikat dada ayam supaya serbuk roti tidak keluar.
  3. Bakar ayam dengan suhu 180C selama 30 minit.
  4. Untuk menghasilkan sos, cairkan mentega dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga wangi.
  5. Kemudian masukkan susu dan daun bay.
  6. Setelah sedikit mendidih, masukkan  keju cheddar dan parmesan.
  7. Pekatkan sos dengan sedikit roux dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.
  8. Sedia dihidangkan bersama ayam tadi.

 

Info chef: Roux adalah campuran mentega cair dan tepung yang dipanaskan sehingga menjadi bahan pemekat.

 

Sumber Gambar: Google Image

Published by
Nur