Kehabisan idea fikir menu untuk minum petang ni? Ha…meh sini nak belanja satu resipi best. Anda boleh cuba resipi Cucur Udang Istimewa Mak Tun yang dikongsi sendiri oleh anaknya iaitu Chef Aezach AR. Resipi asli turun temurun. Lebih istimewa lagi cucur ni tak pakai yis atau soda bikarbonate pun tapi tetap gebu. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
CUCUR UDANG MAK TUN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
Ads
250gm taugeh
150gm daun bawang – potong kecil
150gm bawang besar – hiris
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 biji telur
Udang – buang kulit
Lobak merah – optional
Cili merah – optional
Ads
CARA MEMASAK: 1. Campurkan semua bahan bahan bersama air sedikit demi sedikit sehinga sebati.
2. Biarkan batter ( adunan) selama 30 minit sebelum digoreng.
Ads
Nota: 1. Goreng dengan api perlahan supaya cucur yang dihasilkan mempunyai tekstur garing di luar dan lembut di dalam.
Kuih cakoi ini memang enak tapi lagi sedap kalau dapat yang banyak sarang di dalamnya dan tak liat walau dah sejuk. Cakoi begini hidang dengan seri kaya pandan sesuai sangat untuk dibuat makan petang.
Bagi yang teringin buat sendiri boleh gunakan cara dan resipi dikongsi oleh Nur Nabilah Jailani.
Cara buat cakoi cantik bersarang
Bahan-bahan
1 ½ cawan tepung gandum
3 sudu teh baking soda
½ sudu teh gula
1/4 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
½ cawan air
Cara membuat:
1. Campur semua bahan-bahan dan uli dalam 3-4 minit. Tutup bekas dan rehatkan selama 1 jam.
2. Uli semula adunan doh 9-10 minit (saya guna tangan saja)
3. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam chiller semalaman (8-9jam). Boleh simpan sehingga 3 hari di dalam suhu chiller.
4. Sebelum mencakoi, keluarkan adunan dan biarkan di suhu bilik selama 2 jam kemudian bolehlah dibentuk dan goreng seperti biasa.
5. Semasa mengoreng kena selalu pusingkan cakoi, baru cakoi mengembang dengan jayanya.
Cara buat srikaya pandan (ala Boat Noodle)
1 ½ cawan susu cair
Pes @ esen pandan sedikit
Garam secubit
1 ½ sudu makan tepung kastard
3-4 sudu makan susu pekat
Pewarna hijau sedikit
Cara membuat:
Campur semua bahan dan masak di atas api yang perlahan sehingga pekat dan ada letupan-letupan besar. Waktu memasak adunan kena sentiasa dikacau.
Kuih vadai agak sukar ditemui, melainkan jika kita ke restoran mamak. Itupun, adakala tiada juga. Jadi, kalau memang gemar dan teringin, boleh saja cuba buat sendiri. Bahan utama, kacang ulunthu.
Menurut Nur Masri yang sudi berkongsi cara penyediaan kuih vadai ini, bahannya mudah saja tetapi cara membuatnya yang sedikit mencabar. Untuk menjadikan bentuknya seperti donut dengan adunannya yang melekat dan lembik memerlukan sedikit kemahiran.
Kuih vadai ini sedap dimakan ketika masih panas. Rangup di luar dan lembut di dalam. Namun, ketika sejuk pun masih lembut lagi. Jika buat banyak, boleh di sejuk bekukan dan panaskan menggunakan air fryer sahaja. Jom kita cuba buat.
Basuh dan rendam kacang ulunthu semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam. (Jika nak masak pagi, boleh rendam waktu malam. Nak masak petang, rendam waktu pagi.)
Toskan air dan kisar kacang ulunthu dengan sedikit air sehingga halus. (Jangan letak banyak air kerana nanti akan susah untuk dibentukkan.)
Apabila kacang ulunthu menjadi halus, masukkan jintan manis dan kisar sekejap.
Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk.
Masukkan pula tepung beras dan baking soda.
Letak adunan dalam peti sejuk supaya senang dibentuk. Sementara itu, bolehlah potong bawang merah, cili dan daun kari kecil-kecil.
Gaul sebati dengan adunan ulunthu. Masukkan garam secukup rasa.
Gunakan daun pisang atau sarung tangan plastik untuk membentuk vadai menjadi bentuk donut.
Jika adunan cair, boleh tambahkan tepung beras.
Celup tangan dalam air. Ambil sedikit adunan dan letak membulat di atas tapak tangan atau daun pisang.
Celup jari telunjuk ke dalam air dan buatkan lubang di tengah adunan.
Terbalikkan adunan tadi di atas jari tangan kanan.
Masukkan adunan ke dalam kuali perlahan-lahan.
Tunggu sehingga vadai timbul dan keperangan, baru terbalikkan. Jika terbalikkan semasa masih lembut, bentuknya akan rosak.
Goreng hingga keperangan dengan api sederhana. Jika api besar, ulunthu akan rasa mentah dan bahagian dalam belum masak sepenuhnya.
Kuih Boko Ubi Kayu ini antara kuih yang mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini. Jika di negeri Kelantan, ia lebih dikenali dengan nama Tepung Boko Ubi Kayu. Ia merupakan sajian tradisional yang dihasilkan menggunakan ubi kayu parut dan dinikmati bersama kuah santan yang dimasak likat ( kepala santan). Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Sue Abdullah ini.
RESIPI KUIH BOKO UBI KAYU VIRAL
BAHAN-BAHAN:
2 cawan ubi kayu yang sudah diparut
1 cawan gula merah (*)
1 cawan air (*)
3 helai daun pandan (*)
1/2 cawan gula (*)
BAHAN KEPALA SANTAN (SOS PUTIH):
1 cawan santan pekat (1 kotak)
1 cawan air
3 sudu makan tepung beras
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ubi kayu, masak bahan-bahan bertanda (*) hingga larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
Dalam loyang bersesuaian, campurkan parutan ubi kayu dengan bahan yang dimasak tadi. Kukus hingga masak.
Bagi menyediakan kepala santan, satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga larut.
Seterusnya, buka api perlahan dan masak hingga pekat.
Untuk menikmatinya, ambik sedikit ubi kayu kukus tadi dan tuang kepala santan secukupnya.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.