Kehabisan idea fikir menu untuk minum petang ni? Ha…meh sini nak belanja satu resipi best. Anda boleh cuba resipi Cucur Udang Istimewa Mak Tun yang dikongsi sendiri oleh anaknya iaitu Chef Aezach AR . Resipi asli turun temurun. Lebih istimewa lagi cucur ni tak pakai yis atau soda bikarbonate pun tapi tetap gebu. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
CUCUR UDANG MAK TUN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
250gm taugeh
150gm daun bawang – potong kecil
150gm bawang besar – hiris
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 biji telur
Udang – buang kulit
Lobak merah – optional
Cili merah – optional
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan bahan bersama air sedikit demi sedikit sehinga sebati.
2. Biarkan batter ( adunan) selama 30 minit sebelum digoreng.
Nota:
1. Goreng dengan api perlahan supaya cucur yang dihasilkan mempunyai tekstur garing di luar dan lembut di dalam.
Kredit resipi & foto: Chef Aezach AR #daporchefgarang