Jom belajar cara-cara membuat Kek Belacan Kukus. Kek Belacan ini terkenal di Sarawak. Lemak, manis dan padat, memang sedap. Rahsia keenakan kek ini terletak pada browning sugar yang digunakan. Namun ia tidak mudah didapati terutamanya di kawasan semenanjung. Tapi Opah Mas Cotek kongsikan juga cara-cara membuat kek ini menggunakan browning sugar yang diolah sendiri. Memang terbaik hasilnya. Jom cuba!
CARA MEMBUAT KEK BELACAN KUKUS SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
BAHAN BROWNING SUGAR/ GULA KARAMEL:
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat browning sugar, panaskan gula hingga cair dan keperangan.
2.Masukkan air dan kacau sebati. Sejukkan. Ketepikan.
3.Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang.
4.Masukkan telur sebiji demi sebiji.
5.Masukkan juga susu pekat manis, seri kaya, horlicks, serbuk koko, esen vanilla, nestle cream dan browning sugar yang telah disejukkan. Sebatikan.
6.Masukkan tepung. Kacau lagi hingga sebati dan bercampur rata.
7.Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles minyak dan kukus selama 4 jam.
NOTA: Kek ini lebih sedap jika guna browning sugar yang khas untuk kek-kek sarawak. Tapi jika tiada, boleh olah sendiri guna resipi diatas.
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official