Kuih Kaswi Beras Pulut Hitam perkongsian saudari Surina Abadiini nampak sangat sedap dan menyelerakan. Cara membuatnya juga cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Bagi anda yang sukakan kuih tradisional ini, bolehlah cuba resipi ini. Jika sebelum ini biasa makan Kuih Kaswi Pandan, bolehlah sesekali ubah selera. Memang enak! Pasti puas hati dengan rasanya.
Tepung Bungkus atau dikenali juga sebagai Kuih Dara Dua Sebilik kerana dalam satu bungkus intinya di isi dua bahagian antara adunan tepung. Ia diperbuat dari tepung beras, santan dan inti kelapa sebagai bahan utama. Lebih sedap kalau untuk dibuat dengan kelapa tidak terlalu tua dan mennggunakan gula kabung atau gula melaka. Memang mantaplah rasa, tak rugi kalau korang buat sendiri. Resipi macam biasa dikongsikan di bawah.
KUIH TEPUNG BUNGKUS BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung beras 4 cawan santan segar 1 sudu teh garam BAHAN INTI KELAPA: 1 biji kelapa | putih sahaja 1 cawan gula melaka 1 1/2 cawan air 1/2 cawan gula pasir Secubit garam 2 helai daun pandan | simpul 1 sudu makan tepung gandum
CARA MEMBUAT:
Dalam periuk, campurkan santan, tepung beras dan garam. Kacau rata.
Renehkan atas api kecil hingga pekat.
Untuk membuat inti: Masukkan gula melaka, gula pasir, air, daun pandan dan secubit garam.
Renehkan guna api perlahan hingga gula hancur.
Masukkan kelapa, kacau sebati hingga air kering.
Masukkan tepung gandum. Gaul rata.
Tutup api dan biarkan sejuk.
Letakkan adunan tepung atas daun pisang seperti dalam gambar dan letakkan inti di dua bahagian atas adunan tepung. Kemudian balut dengan daun pisang seperti buat lepat biasa.
Min cukup berkenan menengok pau tiga warna nih. Comel aje bentuk bunga rosnya. Namanya pun pau mawar. Boleh aje dijadikan kudapan bila tetamu datang berkunjung.
Jom kita semak resipi dari FB : Jalilah JJ
PAU MAWAR JJ
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung pau
7gm double action baking powder
45gm shortening
7gm mauripan
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh garam halus
10 oz @ 235 ml air
10gm cream super
Bahan inti :
(salah satu dari inti di bawah) Kaya Kaya pandan Kacang merah
CARA MEMASAK :
1. Ayak tepung pau dengan double action baking powder. 2. Kemudian gaulkan shortening dan tepung jadi serbuk roti 3. Satukan air, gula, susu dan larutkan. Biarkan berbuih, dalam 10 minit 4. Campurkan garam dan kacau hingga sebati. 5. Masukan air dalam tepung uli hingga jadi doh. Sapukan cream super pada doh. 6. Bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan.
7. Uli doh hingga licin dan lembut dalam 1/2 jam kalau guna tangan dan jika menggunakan mixer dlm 10 minit @ pastikan doh sekata warnanya.
8. Timbang setiap doh 15 g dan inti kacang 9 g.
Peringatan: ***Jerang air kukusan dahulu sebelum membuat pau. Kalau nak pau kita wangi semasa jerang, kukusan itu dicampurkan dengan 10 helai daun pandan, baru dikukus Nanti mesti rasa pau yang dibuat lagi sedap dan wangi.
Kedengarannya agak asing dan kuih ini popular di Nusantara. Bahan asasnya dari tepung pulut dan disaluti dengan gula merah.Kuih tradisi ini semakin dilupai. Rasa dan nikmat kuih ini tambah sedap bila dipadankan dengan secawan kopi panas. Bagi yang ingin mencuba boleh ikut resipi ini.
Kuih Gemblong Gula Melaka
Bahan :
100gm tepung pulut putih
35gm tepung beras
75gm kelapa parut
75ml santan, panaskan
¼ sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Lapisan gula:
60gm gula melaka -hiris halus
2 sudu makan gula pasir
50ml air
Cara memasak:
1. Campurkan tepung pulut putih, tepung beras, kelapa parut, santan dan garam ke dalam bekas, lalu kacau hingga membentuk adunan.
2. Bentuk adunan gemblong hingga berbentuk bulat pipih.
3. Panaskan minyak, goreng gemblong hingga berwarna kecoklatan, ketepikan.
4. Campurkan gula merah, gula pasir dan air. Masak hingga mengental ,kemudian masukkan gemblong dan kacau hingga dilumuri secara rata.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira