Resepi Kuih Kaswi Pandan Yang Confirm Jadi Bila Buat, Bau Daun Pandan Buka Selera

Share

Siapa peminat kuih tradisional pasti cukup kenal dengan kuih Kaswi. Kalau biasanya kita makan kuih Kaswi gula melaka, jom hari ini kita buat resepi Kuih Kaswi Pandan. Bau haruman daun pandan mampu membuka selera. Rasanya cukup sedap dengan rasa lemak-lemak dan manis. Ini resipi cara membuat Kuih Kaswi Pandan seperti yang dikongsikan oleh Siti Hadirah.

RESIPI KUIH KASWI PANDAN

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum – beli online
1 cawan tepung ubi – beli online
5 cawan air daun pandan
1 cawan gula putih – beli online
1 sudu kecil air kapur

Kelapa putih
Garam – beli online

CARA MEMBUAT:

1. Campur tepung gandum, tepung ubi, gula kemudian masukkan air daun pandan. Masukkan air kapur dan kacau lagi. Jika mahu lagi senang, kisar semua bahan ini dan kemudian tapis.

2. Panaskan periuk kukus air sampai mendidih.

3. Sapukan acuan dengan minyak. Tuang adunan ke dalam acuan.

4. Kukus selama 15-20 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut dengan tuala kecil supaya wap air tidak masuk dalam adunan.

5. Selepas masak, sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.

 

6. Sementara itu, gaulkan kelapa putih dan garam. Kukus seketika lebih kurang 3 minit. Bolehlah gaulkan dengan kuih kaswi yang sudah siap dimasak tadi. Hidangkan.

Sumber kredit: Siti Hadirah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Has