Kuih Limas, kuih tradisional yang menjadi kegemaran orang-orang Perak. Sekali imbas, rupanya seakan Kuih Tepung Pelita, namun ada beza dimana Kuih Limas dibuat menggunakan tepung gandum sahaja dan tidak menggunakan tepung beras. Nampak sedap kan? Jom cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Jika tahu, boleh buat kelongsong atau acuan menggunakan daun pisang. Namun jika tidak pandai, boleh sahaja guna bekas plastik. Pasti enak!
CARA MEMASAK KUIH LIMAS PERAK GUNA SUKATAN SUDU & CAWAN
BAHAN A (LAPISAN BAWAH):
* Satukan semua bahan. Kisar pun boleh.
BAHAN B (LAPISAN ATAS):
*satukan semua bahan. Kisar guna blender pun boleh.
BAHAN LAIN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan 1 sudu makan gula pasir ke dalam acuan sampan daun pisang @ bekas.
2. Tuang bahan A memenuhi 1/2 acuan.
3. Kukus selama 12 minit kemudian angkat.
4. Sendeng kuih jika ada air diatasnya.
5. Seterusnya tuang bahan B ke dalam acuan tadi.
Kukus lagi selama 10 minit.6. Angkat dan hidang bila kuih telah sejuk.
NOTA: Jika tiada daun pisang, boleh guna bekas plastik @ bekas dadih kecil
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official