Resepi Laksa Mee Pangkor Original, Masak Macam Ni Barulah Padu!

Share

Laksa Mee Pangkor memang cukup familiar di kalangan orang Perak terutama orang Pangkor, Lumut, Pantai Remis dan sekitarnya. Kalau di tempat lain mungkin agak susah kita nak jumpa Laksa Mee Pangkor ini.  Bagi warga negeri Perak yang rindu nak makan Laksa Mee Pangkor, jom kita masak Laksa Mee Pangkor ikut resipi yang dikongsikan oleh Chef Sue M Arukin ini.

 

CARA MASAK LAKSA MEE PANGKOR

BAHAN-BAHAN A:

2 ikat laksa mee Pangkor*

BAHAN-BAHAN B (Kuah):

10-12 ekor ikan kembung/termenung – saiz sederhana
3 keping asam gelugur beli online disini
1/2 sudu teh garam – beli online disini
Air secukupnya (sekitar 1.5 liter)
5 ulas bawang merah – mayang halus


3 ulas bawang putih – ketuk kasar – beli online disini

BAHAN-BAHAN C (Sambal):

500 gram udang saiz sederhana- bersihkan
10-15 tangkai cili kering – rebus & kisar – beli online disini
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – ketuk kasar
1/2 inci belacan beli online disini
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN D (Sayur):
200gram kacang panjang – hiris kecil (rujuk gambar)
3 ulas bawang putih -ketuk & cincang kasar
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Celur laksa mee macam celur laksa atau mi kemudian toskan.

2. Untuk kuah; rebus semua bahan B hingga ikan empuk. Perisikan ikan (kisar tulang ikan dan tapis, ambil airnya). Isi ikan boleh dikisar halus atau kisar kasar. Boleh juga biarkan ikan rebus seekor begitu.

3. Tuang air rebusan ikan, air kisaran tulang ikan dan isi ikan kembali ke dalam periuk. Didihkan hingga menggelegak.

4. Tambah garam secukupnya dan sedikit gula (untuk seimbangkan rasa).

5. Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak dalam kuali, goreng bawang merah dan putih hingga perang (jangan sampai terlalu garing), kemudian tuang semuanya dalam kuali sup ikan tadi.

6. Tutup api, tabur cincangan daun sup dan daun bawang.

7. Untuk sambal; panaskan dua sudu makan minyak dalam kuali. Goreng bawang merah hingga perang.

8. Masukkan cili kisar lalu tumis hingga masak.

9. Masukkan bawang putih (bawang putih akan hancur sendiri), asam gelugur dan udang. Tumis hingga semua bahan masak sempurna.

10. Tambah garam dan gula secukup rasa.

11. Untuk sayur: panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, goreng hingga wangi.

12. Masukkan kacang panjang dan garam secukupnya. Kacau sebentar dan tutup api. Tak perlu tumis lama kerana kita mahukan kacang itu masih ada rasa rangup.

13. Untuk menghidang; letak sedikit laksa mee dalam mangkuk.

14. Tuang kuah berserta isi ikan, sayur kacang dan sambal udang. Nikmati ketika kuah masih panas.

Kredit resipi & foto: Sue M Arukin

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Nur