Sedapnya Lala Masak Masam Manis ni. Ia juga dikenali dengan nama siput Retak Seribu. Selain masak seperti ni, ia juga sedap kalau dijadikan masak lemak. Memang bertambah nasi dalam pinggan. Bagi anda yang bercadang nak masak ‘seafood’ lambak, resipi Lala Masak Masam Manis perkongsian saudari Rosni Musani antara yang boleh dicuba. Sangat mudah. Selamat mencuba!
RESIPI LALA MASAK MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 paket lala @ retak seribu
1 biji bawang besar – dihiris – beli online DISINI
2 ulas bawang putih – dihiris – beli online DISINI
Kalau ada udang, boleh cuba buat resipi ini. Penggemar makanan laut mesti suka Udang Goreng Ala Thai ni. Lauk ni ringkas tapi sedap. Tidak sampai 15 minit untuk menyediakan memasaknya. Memang senang. Jom RASA berikan resipinya.
UDANG GORENG ALA THAI
BAHAN-BAHAN
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
250 gram udang saiz XL | buang kulit
6 ulas bawang putih | cencang
2 biji cili merah | cencang
1 sudu makan chili flakes
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecil pati ayam
1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
Sedikit daun bawang | hiris halus
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak masak. Goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak masak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.
Enaknya jika dapat makan Sotong Stim Limau ala Thaiyang dikongsi oleh saudari Ayadieeya ni. Nampak sangat menyelerakan malah bahan-bahannya juga mudah sahaja. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Malah sosnya juga boleh digunakan untuk sajian Ikan Siakap Stim Limau. Wow… Padu ni. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK SOTONG STIM LIMAU ALA THAI PALING SEDAP
CARA MEMASAK: 1. Kukus sotong dalam 7 minit hingga isinya masak. Jangan letak air dalam bekas sotong masa mengukus. Bila masak, angkat. Air sotong boleh dibuang. 2. Untuk membuat sos, panaskan 1 cawan air kemudian masukkan kiub pati ayam dan gula. Kemudian tutup api dan biarkan suam. 3. Kemudian bolehlah masukkan cili, bawang, jus limau nipis dan hirisan daun ketumbar.
4. Sesuaikan rasa masam, masin dan manis mengikut citarasa masing-masing. 5. Akhir sekali, tuang sos ke atas sotong yang teah dikukus tadi. 6. Sotong Stim Limau Ala Thai siap dan sedia untuk dinikmati.
7. Sos ini juga sesuai untuk hidangan Siakap Stim Limau.
Kerang goreng kicap mungkin tidak pernah anda cuba sebelum ini. Hidangan ini sebenarnya memang sedap. Bosan juga kalau direbus atau dibuat sambal tumis. Resipi ini memang sesuai dihidangkan bersama nasi putih.
KERANG GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
500gm kerang | dibersihkan
5 ulas bawang putih | diketuk
2 batang serai
50ml kicap masin
250ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih dan serai sehingga garing dan kekuningan.
Masukkan kicap dan tumis seketika. Kemudian masukkan kerang dan tambahkan air.
Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda.
Tutup kuali dan biarkan kerang masak sempurna. Sedia untuk dihidang.