Resepi Lala Masam Manis Paling Mudah & Cepat Masak

Share

Sedapnya Lala Masak Masam Manis ni. Ia juga dikenali dengan nama siput Retak Seribu. Selain masak seperti ni, ia juga sedap kalau dijadikan masak lemak. Memang bertambah nasi dalam pinggan. Bagi anda yang bercadang nak masak ‘seafood’ lambak, resipi Lala Masak Masam Manis perkongsian saudari Rosni Musa ni antara yang boleh dicuba. Sangat mudah. Selamat mencuba!

 

RESIPI LALA MASAK MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket lala @ retak seribu
  • 1 biji bawang besar – dihiris – beli online DISINI
  • 2 ulas bawang putih – dihiris – beli online DISINI
  • 1 inci halia – dihiris – beli online DISINI
  • 2 batang serai – dititik – beli online DISINI
  • Cili kisar – beli online DISINI
  • Sos cili – beli online DISINI
  • Sos tiram – beli online DISINI
  • Garam dan perasa secukup rasa
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar dengan secukupnya. Tumis sampai cili masak.

3. Bila cili dah mula garing masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau rata. Masukkan sedikit air kalau bahan tumis mula pekat.

4. Perasakan dengan sedikit garam. Jangan masukkan banyak garam bimbang nanti terlebih masin.

5. Masukkan serbuk perasa.

6. Tambahkan juga sedikit gula. Kacau hingga sebati.

7. Akhir sekali, masukkan lala yang telah dibasuh bersih.

8. Gaul sebati dan renihkan sehingga lala masak.

9. Bila kulit lala mula terbuka, padamkan api dan bolehlah diangkat.  Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.

Kredit resipi & foto: Rosni Musa

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

Published by
Nur