Resepi Maggi Celup Kelantan Paling Mudah, Simple & Sedap

Share

Maggi Celup sememangnya sinonim dengan rakyat Kelantan. Andai ke restoran makanan Kelantan atau Thailand, pasti akan jumpa menu ini. Selain dinikmati bersama mee segera, anda juga boleh menggunakan mee, bihun atau kuetiau. Sedap! Kuah sup yang panas ditambah pula dengan aneka ramuan serta lauk, menjadikan sajian Maggi Celup ini sangat enak dan mengenyangkan. Lebih padu lagi jika dimakan semasa cuaca sejuk. Waduh… Terasa nikmatnya. Nak cuba? Saudari Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya.

 

CARA MASAK MAGGI CELUP KELANTAN YANG SANGAT SEDAP

BAHAN KUAH SUP:

1 periuk air
2-3 ketul daging (potongan besar)
1-2 ketul tulang lembu
Perut lembu secukupnya
Ayam secukupnya
1 sup bunjut @ rempah sup Thai beli online disini


Potongan akar ketumbar
Secubit dua garam
1 sudu makan kicap lemak manis beli online disini
1 sudu makan kicap pekat Jalen beli online disini
1 sudu makan sos ikan beli online disini

Segenggam taugeh

BAHAN ISIAN:
Mi segera
Kuetiau
Mi kuning
Bihun

BAHAN RENCAH TAMBAHAN: 
Gula
Garam halus
Kacang tanah tumbuk 
Air lada
Bawang goreng beli online disini
Bawang putih goreng dadu beli online disini
Cili siam jeruk beli online disini
Sos ikan beli online disini
Perencah maggi
Limau nipis
Daun sup
Serbuk lada sulah beli online disini

CARA MEMASAK:

1. Sediakan 1 periuk sup. Penuhkan air dan masukkan daging buku besar (jangan hiris), tulang, sup bunjut / rempah Siam dan potongan akar daun ketumbar.
2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam.
3. Perasakan sup dengan secubit dua sahaja garam. Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.


4. Keluarkan isi sup tadi. Isi ayam perlu digoreng seketika.


5. Carikkan daging dan isi ayam. Hiris nipis perut.


6. Selepas daging, ayam dan perut dikeluarkan dari sup, tambahkan kicap lemak manis, kicap pekat dan sos ikan.


7. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.


8. Warna sup yang menepati citarasa. Teruskan mendidih sup menggunakan api yang perlahan.


9. Dalam periuk berlainan, celur seketika kangkung dalam air mendidih.


10. Seterusnya celur taugeh seketika.


11.Celup mi segera. Boleh juga digantikan dengan kuetiau, bihun atau mi.


12. Mi segera yang siap dicelup. Celur sekadar melembutkan sahaja dan jangan biarkan urat maggi terlebih kembang ye.


13. Lauk yang direbus tadi, dimasukkan ke dalam bekas supaya mudah diambil ketika hendak makan.


14. Inia da seleksi rencah-rencah tambahan yang akan ditambah ke dalam mangkuk Maggi Celup sebelum dimakan. Jumlahnya bergantung pada cita rasa masing-masing.

CARA MENGHIDANG:

1. Masukkan mi segera/ kuetiau/bihun/mi yang telah siap dicelup ke dalam mangkuk.
2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap.
3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.


4. Kacau rata. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Nur