Resepi Mee Champa Pedas Berasap Yang Boleh Buat Anda Berpeluh!

Share

Mee Champa ni sebenarnya masakan dari kemboja. Haa, siapa belum pernah makan Mee Champa? Jom kita cuba buat menggunakan resepi ni. Confirm puas hati! 

Resepi Mee Champa

 

BAHAN KUAH

  • 1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth (air/sup tulang)
  • 3 liter air
  • 4 biji bawang holand* potong 4
  • 3 biji bawang besar * potong 4
  • 2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
  • Seekor sotong kering sebesar tapak tangan* (jika ada)
  • Daun ketumbar seikat
  • Daun bawang
  • 2 batang kulit kayu manis*
  • 4 biji bunga lawang*
  • 1/2 cawan sos ikan
  • Gula
  • Garam
  • Perasa jika suka
  • Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
  • 3 kiub stok perisa daging

Cara Penyediaan

  1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth.

Caranya didihkan air rebusan dahulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam. Kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran. Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali. Selepas 30 minit mendidih, lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh,   buang lagi airnya.Kemudian masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi. Kali ini rebus sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam.

  1. Sementara daging empuk, boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering, kayu manis dan cengkih.
  2. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang dibakar tadi. Masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebuslah dengan api perlahan.

Tips: Tapis kuah supaya bahan-bahan atau rempah tidak masuk ke mangkuk mee.

SAMBAL LADA 

Bahan-Bahan

  • 4 biji lada merah (besar)*
  • 20-30 biji cili api*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 sudu besar cuka
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan

  • Rebus sehingga layu bahan-bahan bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. Siap!

MINYAK BAWANG PUTIH 

  • 3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
  • 1 cawan minyak jagung

Cara Penyediaan

Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api.

Aksesori Lain

  • Kuey teow, mihun,mee champa
  • Daun ketumbar, daun sup, daun bawang
  • Limau nipis
  • Hirisan daging
  • Minyak bawang putih
  • Lobak asin yang dipotong halus
  • Sambal lada
  • Tauge
  • Kicap
  • Serbuk lada sulah/lada hitam
  • Gula (tambahan jika suka manis)
  • Sos ikan jika perlu

 

Boleh la letak kicap, perah asam limau,sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis. Bahan tambahan ni la penyedap mee sup taw!

Selamat mencuba!

Kredit Resepi: Tahrunnisah Jali

 

Published by
Amanina