Tak ada idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak hari ni? Menu Mee Kari Chinese Style perkongsian Cik Puan Julieta ini antara hidangan mudah dan sedap yang boleh disediakan. Rasa kuah Mi Kari Chinese Style ini memang padu. Nampak gambar pun dah dapat agak rasanyanya yang sedap. Patutlah menu ni jadi kegemaran anak-anak beliau. Jom cuba. Anda pun pasti sukakan rasanya.

 

CARA MASAK MEE KARI CHINESE STYLE

Resepi Mee Kari Chinese Style Sedap, Pasti Makan Bertambah

BAHAN-BAHAN:

Ads

BAHAN SAMBAL:

  • 1 genggam cili kering – beli online disini
  • 1 biji bawang besar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN SAMPINGAN:

  • Telur rebus
  • Tauge – celur
  • Sawi – celur
  • Limau Nipis.
  • Kacang panjang celur

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Goreng serai sebentar.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga wangi dan keperangan.
3. Masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan cili kisar. Masak lagi hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan kacau sebati hingga ayam separuh masak.
5. Kemudian masukkan santan dan asam keping. Biarkan kuah mendidih.
6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa untuk seimbangkan rasa.
7. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fishball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap dalam tauhu kering.
8. Angkat dan sedia dihidangkan bersama mi, sambal dan bahan-bahan sampingan.

Resepi Mee Kari Chinese Style Sedap, Pasti Makan Bertambah
9. Untuk membuat sambal, rebus cili kering sehingga masak dan kembang.
10. Masukkan ke dalam pengisar bersama bawang. Kisar halus.
11. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula.
12. Angkat dan sedia dihidangkan bersama Mi Kari.

Resepi Mee Kari Chinese Style Sedap, Pasti Makan Bertambah

Kredit resipi & foto: Cik Puan Julieta

 

Ads

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Bihun Sup Tumis Darat Lengkap Resipi Sambal Kicap Mantap

Rahsia Buat Laksam Cantik Berkilat, Kuah Lemak Berkrim.

Resipi Kek Sunquick Oren 5 Bahan. Guna Marjerin Je Tapi Sangat Gebu

Ads

Rahsia Buat Puding Cendol Sedap & Tak Berair.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=jeSTngULKdA

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI