Resepi Nasi Goreng Cina Paling Ringkas Tapi Sedap

Share

Nasi Goreng Cina memang sedap dan menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak dek kerana rasanya yang tidak pedas. Menu ini andai dinikmati di restoran masakan cina, memang terasa sedapnya kan? Ini kerana penggunaan bahan-bahan seperti udang dan juga minyak bijan memberikan rasa yang lebih enak serta aroma yang memukau. Jom cuba masak menu ni untuk keluarga. Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.

 

CARA MASAK NASI GORENG CINA SEDAP LETAK UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi sejuk
  • Udang, kupas kulit – kalau tiada udang boleh ganti dengan isi ayam
  • Seikat daun bawang – hiris halus
  • 1 batang lobak merah – hiris dan potong halus
  • 2 ulas bawang putih – cuci bersih dan ketuk beli online disini
  • 1 biji telur ayam
  • Minyak masak, garam dan lada sulah

CARA MEMASAK:

1. Panaskan 2 sudu makan minyak masak ke dalam kuali.

2. Pecahkan telur dan kacau sehingga keseluruhannya berwarna kuning.

3. Biarkan selama dua minit.

4. Kemudian angkat dan simpan tepi. 

5.Tambahkan sesudu minyak masak ke dalam kuali tadi dan tumiskan bawang putih bersama kulit.

6. Biarkan seketika sehingga bawang putih keperangan kemudian angkat dan ketepikan. Bawang putih digoreng hanya untuk mendapatkan aromanya.

7. Masukkan udang dan biarkan ianya masak. 

8.Masukkan lobak merah. 

9. Masukkan daun bawang.

10. Masukkan telur hancur.

11. Gaul sebati.

12. Masukkan nasi putih dan gaul.

13. Masukkan sedikit lada sulah dan garam halus mengikut citarasa.

14. Siap untuk dinikmati.

 

INFO: Tip untuk nasi goreng sedikit lembut, tambahkan sesudu air ke atas nasi goreng yang sedang dimasak. Wap yang terhasil akan melembapkan nasi goreng. 

 

 

 

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Nur