Roti canai yang sedap dan lembut tentunya menjadi kegemaran ramai. Bagi yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, memang berbaloi kalau belajar buat sendiri. Kos penyediaannya lebih murah dan boleh makan puas-puas. Rasanya pun lebih sedap dan kebersihan terjamin. Anda nak cuba buat sendiri roti canai homemade untuk keluarga? Jom belajar cara-cara pembuatannya menggunakan resipi perkongsian saudari Tg Khuzanika. Sangat mudah dan dijamin menjadi.
CARA BUAT ROTI CANAI SIMPLE YANG LEMBUT, RANGUP & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum – beli online disini
1 sudu makan gula
1 sudu makan garam
2 sudu makan susu pekat – beli online disini
1 sudu makan marjerin – beli online disini
1 biji telur
2 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Satukan susu, gula, garam dan telur bersama air. Kacau hingga larut.
2. Masukkan tepung dan juga marjerin. Uli hingga menjadi doh kemudian rehatkan selama 10 minit.
3. Kemudian uli doh sekali lagi, kemudian rehat sebentar diikuti diuli kembali hingga mendi doh yang licin, elastrik dan kenyal.
4. Untuk doh ini, jika lembik, tabur tepung secukupnya dan uli hingga dapat tekstur yang elastrik. Jika doh nampak keras, renjis sedikit air dan uli hingga doh nampak lembut.
5. Bila doh sudah sempurna, bulat-bulatkan doh kemudian sapu marjerin di permukaannya. Masukkan ke dalam bekas.
6. Ulang proses membulatkan doh hingga habis. Bila selesai, tuang sedikit minyak ke atas doh tadi.
7. Perap doh selama 4 jam dan keatas. Lagi lama diperap, lagi lembuh tekstur roti canai apabila dimasak nanti.
8. Jika menggunakan Bread Maker, masukkan bahan cecair terlebih dahulu diikuti tepung. Guna mood ‘knead’ 3-4 kali hingga doh menjadi elastik dan kenyal.
9. Untuk memasak, canai doh roti pada dulang hingga nipis.
10. Simpulkan sebegini kemudian bolehlah dicanai sekali dan dimasak.
11. Enak dimakan bersama kuah dhal atau kari.
Kredit resipi & foto: Tg Khuzanika
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official