Resepi Sambal Tempe Crispy Yang Pastinya Menaikkan Selera Makan!

Share

Siapa suka makan sambal kentang tempe crispy? Makanan ni sering dijadikan seperti snek ringan yang boleh dimakan atau diratah begitu sahaja, atau boleh juga dimakan bersama nasi dan hidangan-hidangan yang lain. Ia sangat mudah dan lazat! Selamat mencuba!

Sambal Kentang Tempe Crispy

Bahan-Bahan

  • Kentang (hiris nipis)
  • Tempe(hiris nipis)
  • Kacang tanah
  • Ikan bilis
    -Semua bahan di atas di goreng, ketepikan

Bahan Sambal

  • 1 mangkuk cili kering kisar*
  • 3 ulas bawang merah kecik*
  • 4 ulas bwg putih *
  • 1 inci belacan*
  • Gula dan garam secukupnya
  • Minyak utk menumis

Cara Penyediaan

  1. Kisar bahan2 bertanda *
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau
  3. Masukkan garam dan gula. Masak sampai pecah minyak, sampai warna sambal menjadi sedikit gelap
  4. Sejukkan sambal. Kemudian campur bahan-bahan yang digoreng di atas, gaul rata
  5. Masukkan dalam bekas kedap udara

Kredit Resepi: Zaimah Zakaria 

 

 

Published by
Amanina