Scones yang sedap macam yang dijual di Cameron Highland tidak susah dihasilkan jika jumpa resipi yang tepat. Malah sejak kebelakangan ni, resipinya makin meniti di bibir peminat pastri dek kerana kemunculannya dalam sebuah drama TV. Anda nak cuba? Saudari Umie Nurhayatiada kongsikan bahan dan cara-caranya. Selamat mencuba.
RESIPI SCONES HOMEMADE GUNA 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
115gm mentega (sejuk)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri – beli online DISINI
1 cawan krim @ susu segar (jika mahu Scone rasa manis, boleh tambah sedikit gula perang. Empunya resipi tidak letak)
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan tepung bersama mentega sehingga jadi macam serbuk roti.
Ads
2. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh dan tak lembik.
3. Canaikan doh tipis sikit dan lipat (seakan lipat baju).
4. Uli balik doh dan lipat balik seperti langkah di awal tadi.
5. Terap doh guna acuan bulat. Jika tiada acuan, boleh bulatkan menggunakan tangan sahaja.
6. Susun kepingan Scone di atas dulang pembakar. Boleh susun tanpa jarak.
7. Sapu permukaan Scone dengan telur yang dicampur dengan sedikit susu segar.
8. Bakar pada suhu 250C selama 15 minit atau sehingga bahagian permukaan Scone menjadi keperangan. (INFO RASA: masa memasak dan suhu mungkin berbeza mengikut saiz dan jenis ketuhar masing-masing)
Bagi penggemar Onion Cheese Paratha dari rangkaian makanan segera Hot n Roll, anda patut cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Nur Fakhira Mohd Rosli ni. Bila buat sendiri ni lebih puas hati. Mayones, bawang, ayam, keju, semuanya boleh diletak mengikut selera dan cita rasa sendiri. Rasanya? Kata empunya resipi memang sama dan sangat puas hati. Memang puas dimakan berbanding yang dibeli. Jom cuba. Anda pun pasti sukakannya.
Uli sendiri doh tepung untuk hasilkan roti yang lembut dan gebu. Doh di lilit pada sosej dan digoreng dalam minyak panas. Boleh dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.
ROTI SOSEJ GULUNG
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo tepung gandum
2 sudu kecil mauripan
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil susu
1 sudu kecil garam
2 biji Telur
Serbuk roti
1 1/2 cawan air suam
CARA MEMASAK:
Satukan mauripan, gula, susu dan garam bancuh dengan air suam. Tunggu sampai berbuih banyak.
Selepas itu masukkan bancuhan air ke dalam tepung.
Kacau rata serta masukkan planta sikit demi sedikit sambil uli doh smpai doh tidak melekat di tangan.
biarkan doh dan tunggu doh naik sekali ganda.
Bila doh sudah naik tumbuk-tumbuk doh dan buat bulat sama besar.
Gelek diatas tapak tangan doh yang sudah dibulat tadi.
Lilitkan pada sosej
Biarkan seketuka sampai doh naik lagi.
Celupkan doh dalam telur yang telah di kacau dan golekkann ke dalam serbuk roti.
Kalau dah suka makan roti canai, bukan hanya sesuai untuk sarapan pagi, petang dan malam juga boleh menikmatinya. Korang yang nak cuba buat sendiri boleh saja ikut resipi yang dikongsikan ini.
Bahan-bahan:
4 cawan tepung
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
2 sudu besar margerin
Satu cawan air suam( sbb uli pakai tgn)
# kalau guna mesin guna air sejuk
Cara memasak:
1.Sediakan bekas besar
2.Masukkan tepung,gula,garam,margerin
3.Gaul rata..pecahkan telur
4.Masukkan air..
5.Uli sampai licin..sekata
6.Lebih kurang 30 minit…sado tgn lepas tu
7Kemudian bahagikan doh..bulat2 kan
8.Masuk dlm bekas. Letak minyak hingga doh terendam
9.Perap lebih kurang 2 jam. Biasa kalau nak mkn pagi..buat doh mlm
10. Lepas perap…Masa nak buat roti canai..Saya guna dulang utk tebar..rotinya. Tarik..pelan2..agak2 nipis..penuh permukaan dulang. Kemudian gulung kan kemas…
11.Nak masak atas kuali..ambil doh tadi..leperkan sedikit..Masak seperti biasa..renjis2 kan sedikit minyak
Sehingga roti masak dan garing. Angkat…roti..seperti biasa..kepuk2 kan roti guna tgn..ala2 penebar roti canai..hihihi
Siap dah. Kuah terpulang..nak kuah apa