Shepherd Pie memang sedap dimakan namun ramai beranggapan hidangan ini susah nak disediakan. Khas buat anda, RASA kongsikan resipi Shepherd Pie perkongsian saudari Norashikin Hashim. Istimewanya resipi ini diolah supaya kena dengan cita rasa Malaysia dan sangat mudah disediakan. Selamat mencuba!

 

CARA MASAK SHEPHERD PIE SEDAP

Resepi Shepherd Pie Homemade Sedap

BAHAN KENTANG LENYEK:

  • 2kg ubi kentang russet – buang kulit dan rebus empuk
  • 200gm mentega beli online disini
  • 1 sudu makan lada hitam beli online disini
  • 1 sudu teh oregano/rosemary beli online disini
  • 1/2 cawan susu full cream
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 1/2 – 1 sudu teh garam – ikut citarasa masing-masing

BAHAN SOS DAGING:

BAHAN KISAR:

  • 15 tangkai cili kering – kisar halus beli online disini
  • 2 biji bawang besar – kisar halus
  • 5 ulas bawang putih – kisar halus
  • 1 inci halia – kisar halus

BAHAN SAYUR:

  • 1 cawan lobak merah – potong dadu
  • 1/2 cawan saderi – potong dadu
  • 1/2 cawan cendawan kering – potong dadu
  • 1 cawan bawang besar – potong dadu
  • 1/2 cawan tomato – potong dadu
  • 1 cawan daun ketumbar – hiris kasar
  • 3/4 tin tomato puri – jika suka masam, guna 1 tin beli online disini

BAHAN PERASA:

Ads
  • 1 sudu teh daun oregano/rosemary
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan garam – lebihkan sedikit
  • 1 sudu makan lada hitam kisar – kisar kasar

Resepi Shepherd Pie Homemade Sedap

Resepi Shepherd Pie Homemade Sedap

CARA MEMASAK:
1. Bagi membuat kentang lenyek, selepas kentang empuk, toskan air dan masukkan semua bahan. Lecek hingga tidak berketul. Ketepikan.

Resepi Shepherd Pie Homemade Sedap2. Bagi membuat sos daging, panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan daging kisar dan air. Kacau supaya daging lerai dan tidak berketul.
4. Masukkan lobak merah dan masak hingga empuk. Masukkan juga saderi, cendawan, bawang besar, tomato, ketumbar dan tomato puri. Kacau sebati dan rehatkan campuran sos sebentar.
5. Untuk menyediakan Shepherd Pie, masukkan sos daging ke dalam loyang dan ratakan.

Resepi Shepherd Pie Homemade Sedap6. Kemudian masukkan lapisan kentang lenyek diatasnya. Ratakan.

Resepi Shepherd Pie Homemade Sedap7. Sapu permukaan kentang lenyek dengan kuning telur hingga rata. ( guna 1 biji kuning telur sudah memadai).

Resepi Shepherd Pie Homemade Sedap8. Bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Resepi Shepherd Pie Homemade Sedap

 

Kredit resipi & foto: Norashikin Hashim

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Ads

Resipi Tat Nanas Homemade Sedap & Cair Di Mulut

Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.

Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan

Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly

Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je

Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji  

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI