Resepi Souffle Cheesecake, Guna Tiga Bahan Aje

Share

Kek keju memang ada banyak versi resipinya. Asalnya daripada resipi yang panjang senarai ramuannnya, kini muncul berbagai versi Kek Keju mudah dengan sedikit bahan ramuannya. Tabiklah pada empunya resipi yang meringkaskannya.

Tapi bab rasa memang tak boleh kompromi, sedap tu weii. Jom tengok resipi dari Florence Jonathan ni.

SOUFFLE CHEESE CAKE



BAHAN-BAHAN :

  • 3 biji telur (asingkan putih & kuning telur)
  • 120 gram cream cheese
  • 120 gram coklat putih

CARA MEMBUAT ::

1. Pukul putih telur sampai menjadi meringue (bila diterbalikkan bekas, bahan tak jatuh). Ketepikan.

2. Cairkan coklat putih (coklat dah manis) dengan menggunakan kaedah double boiler. Setelah coklat cair sepenuhnya, bolehlah tutup api dan ketepikan.

3. Masukkan cream cheese ke dalam coklat putih yang telah dcairkan tadi. Kacau adunan sampai sebati.

4. Selepas itu, masukkan pula kuning telur ke dalam adunan cheese+coklat putih tadi. Gaul sampai sebati.

5. Masukkan satu pertiga meringue ke dalam adunan cheese, kaup balikkan. Ulangi sampai habis.

6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan minyak/butter dan dilapik dengan baking paper. Panaskan oven selama lebih kurang 6-7 minit.

7. Bakar adunan kek dengan kaedah ‘bain marie’(beralaskan dulang berisi air) menggunakan suhu 170 °C selama 20 minit dan 40 minit yang berikutnya menggunakan suhu 160°C. Tempoh membakar bergantung pada oven anda. Guna api atas bawah.

8. Setelah kek masak, bolehlah dihias dengan powdered sugar atau filling ikut selera masing-masing.

Resepi Oleh: Florence Jonathan

Sumber : resipibonda.com

Published by
Faridah Talib