Memasak tidaklah begitu sukar tetapi proses penyediaannya yang mengambil masa. Menerusi perkongsian oleh saudari Saloma Sal, beliau kongsikan cara-cara untuk menghasilkan pes-pes homemade yang pastinya memudahkan kerja-kerja memasak. Semuanya anda boleh hasilkan dan simpan dalam peti sejuk. Guna bila-bila masa yang anda inginkan.
(jumlah bahan agak-agak ikut jumlah yang anda nak buat)
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai yang dihiris nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus. 2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar tadi dengan sedikit minyak. 3. Masukkan gula secukupnya dan perahan air asam jawa. Masak sehingga pecah minyak. 4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api. 5. Sejukkan dan simpan dalam bekas bertutup.
(jumlah bahan agak-agak ikut jumlah yang anda nak buat)
CARA MEMASAK:
1. Kisar ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili padi.
Ads
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi menggunakan api sederhana sehingga naik minyak.
3. Seterusnya masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga pes kelihatan agak pekat @ kering.
4. Padamkan api dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas berpenutup.
5. Untuk memasak nasi goreng menggunakan pes ini, bolehlah dimasikkan bebola ikan, udang, sotong, isi ayam dan sayur-sayuran supaya rasa lebih enak.
4. PES MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
Cili padi
Cili merah
Bawang putih
Bawang besar
Serai
Halia
Kunyit
(jumlah bahan agak-agak ikut jumlah yang anda nak buat)
CARA MEMASAK:
1. Racik halus semua bahan kemudian dikisar dengan minyak masak. 2. Masak bahan kisar tadi dalam kuali sehingga naik minyak. 3. Sejukkan pes dan simpan dalam peti sejuk. 4. Untuk menggunanya, masukkan pes ke dalam periuk dan tambahkan santan serta garam. Masaklah seperti biasa.
Lauk ikan bakar memang amat menyelerakan di bulan puasa. Jika setiap tahun kita membeli menu ini di bazar Ramadan apa kata tahun ini cuba buat sendiri.
Jika mahu sedikit kelainan boleh buat ikan bakar cara Terengganu ini. Ikan bakar ini dah tak memerlukan air asam kerana rempahnya yang meriah. Disebabkan itu juga waktu dibakar aromanya memang semerbak, tak sabar nak makan dibuatnya.
Resipi ikan bakar Terengganu
Bahan kisar halus
1 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Belacan besar hujung jari
4 batang serai
7 biji cili api
Bahan potong/ mayang
1 batang bunga kantan
1/2 ikat daun kesom
6 helai daun limau purut
Bahan lain
1/2 kerek (keping) nisan (gula Melaka)
Gula dan garam secukup rasa
Perasa
Minyak masak
4 sudu besar cili boh
1 mangkuk kecil air asam jawa
Cara membuat
Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar halus. Tumis sampai naik bau.
Kemudian masukkan cili boh. Tumis sampai pecah minyak.
Masukkan nisan, biarkan cair.
Masukkan air asam jawa. Biar mendidih.
Seterusnya masukkan bahan yang mayang.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
7. Masak menggunakan api kecil dalam 1 ke 2 jam. Biar rempah ikan bakar bertukar menjadi gelap dan kuahnya pekat. Siap.
8. Bakar ikan yang siap dibersihkan, apabila sudah setengah masak boleh letakkan rempah ikan yang siap dimasak di atasnya. Tutup bekas dan terus membakar. Masa membakar bergantung kepada jenis ikan.
Masakan Filipina agak ringkas dan banyak dipengaruhi dengan masakan Sepanyol dan negara jirannya yang lain seperti Malaysia dan Indonesia. Maka tak hairanlah jika hidangan-hidangan ini memenuhi citarasa orang kita. Jom cuba. Seronok juga try menu baru di hujung minggu ni.
1. TERUNG DADAR FILIPINA (TORTANG TALONG)
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung
2 biji telur
1 biji tomato | buang biji dan dadu halus
10 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang besar | dadu halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Terung dibelah dua tetapi tidak putus. Kemudian bakar hingga lembut.
Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan semua bahan hirisan, garam dan serbuk lada sulah.Kacau rata. Ketepikan.
Buang kulit terung, kemudian celupkan di dalam adunan telur.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, goreng terung yang telah dicelur dengan telur tadi.
Tuangkan lebihan telur di atas terus tadi.
Goreng hingga masak.
Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Terung ini enak dihidangkan bersama sambal belacan atau sambal kicap.
2. BEEF KALDERETA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | potong kiub
1/2 batang lobak merah | potong dadu besar
1 biji kentang | potong dadu besar
1/2 biji cili benggala merah | potong dadu besar
1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu besar
1 biji bawang Holland | potong dadu besar’
3 ulas bawang putih | cincang
1 kiub pati ayam
1 sudu teh empingan cili kering
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
6 sudu makan minyak masa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan lebih kurang tiga sudu makan minyak masak, tumis seketika cili benggala. Angkat dan ketepikan.Diikuti dengan lobak merah dan tomato. Ketepikan
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang Holland dan bawang putihhingga wangi.
Masukkan daging. Kacau hingga daging berubah warna keperangan baru masukkan sos tomato dan air.
Masukkan pati ayam dan renehkan lebih kurang satu jam dengan api perlahan. Tambah air jika perlu.
Setelah daging empuk masukkan, kentang, lobak merah dan cili benggala yang telah dimasak tadi. Tutup periuk dan biarkan seketika.
Akhir sekali masukkan empingan cili, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan menu sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Cara masak dan rasa masakan ini hampir sana dengan stew daging. Enak dihidangkan dengan roti.
3. KWEK KWEK
BAHAN-BAHAN:
15 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
Sedikit tepung ubi kayu | untuk salut telur
Minyak masak |untuk menggoreng
BAHAN BANCUHAN TEPUNG:
1 cawan tepung gandum
150ml air sejuk
Pewarna oren
Lada sulah dan garam secukup rasa
150ml air
BAHAN SOS:
2 sudu makan cuka
3 sudu makan gula merah
3 sudu makan sos tomato
3 sudu teh kicap manis
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung gandum bersama serbuk lada sulahdan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air secukupnya. Kacau lagi.
Titikan beberapa titik perwarana oren. Kacau rata.
Sementara itu panaskan kualidan gaulkan telur dalam bekas berisi tepung ubi kayu.
Kemudian celupkan dalam adunan tepung tadidan goreng di atas api sederhana hingga garing.
Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan, kacau rata.
Hidangkan sos bersama Kwek-Kwek.
INFO CHEF: Kwek-Kwek adalah makanan kudapan ringan di kalangan masyarakat Filipina. Ia juga sering dijadikan bekal untuk anak-ana sekolah di Filipina.
Anda penggemar sajian Teppanyaki? Biasanya kalau nak nikmati hidangan ni, anda kena ke restoran kan? Kini anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Mudah, sedap dan comfirm halal. Selamat mencuba!
AYAM TEPPANYAKI
BAHAN AYAM:
300gm isi dada ayam | didadu kecil
100gm tauge
2 ulas bawang putih | dihiris
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan kicap sotong / sos ikan
1 sudu makan mentega
BAHAN SAYUR GORENG:
50gm kubis | dihiris
1 tangkai daun bawang | dihiris
1/2 batang lobak merah | dihiris
1 sudu makan kicap cair
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu makan mentega
3 ulas bawang putih | dihiris
CARA MEMASAK:
Untuk memasak ayam, cairkan mentega dan goreng ayam bersama bawang putih hingga masak.
Kemudian masukkan kicap sotong dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
Setelah ayam eklihatan garing, masukkan tauge. Kacau hingga sebati dan biarkan seketika.
Padamkan api, angkat.
Cairkan mentega dan tumis bawang putih hingga garing.
Masukkan kesemua sayur dan tumis hingga lembut.
Perasakan dengan kicap dan lada sulah. Angkat.
Sediakan nasi putih dan nikmati bersama ayam serta sayur goreng tadi. Enak dinikmati panas-panas.
Info chef: Garam tidak diperluakn kerana kicap sotong sudah mempunyai rasa masin.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!