Makan berlauk acar ikan talang memang menyelerakan. Boleh bertambah makan nasi. Kalau dah teringin, jomlah masak dan cari ikan talang kering sebagai watak utama untuk menu ini. Buah-buah kering sebagai optional, nak masukkan boleh, tak nak masukkan pun boleh. Tapi kalau tambah lagi sedap.
ACAR IKAN TALANG
Bahan-bahan:
500g ikan talang kering- potong ikan talang jangan kecil sangat jangan besar sangat. Ambil bahagian isi. Lepas siap potong, rendam sekejap kemudian cuci hingga bersih.Keringkan,goreng isi tadi hingga garing. Dah siap toskan minyak, minyak yang goreng simpan.
Bawang besar, bawang putih dan halia. Kuantiti agak sesuai dengan kuantiti ikan.
Cili kering -dikisar
Ads
Bawang merah dan putih belah dua, halia potong mancis. Rendam semua ni dalam cuka. Jangan banyak sangat cuka. Nanti masam dan bau cuka.
Gula Melaka, lobak masin (basuh dulu), biji sawi, halba, kari ikan. Kemudian ambil serba sikit jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar, sangai sekejap dan kisar halus.
Cara memasak:
1.Panaskan minyak bekas goreng ikan talang tadi ni, tumis biji sawi dan halba. Dah naik bau masukkan bahan-bahan kisar tadi, bawang dan halia. Dah garing elok baru masukkan cili kisar. Tumis sampai betul-betul pecah minyak, baru la masukkan serbuk kari dalam 2 sudu, dan jintan yang dikisar tadi ni. Goreng sehingga pecah minyak. Baru masukkan gula Melaka. Masak lama sikit pun ok.
2. Bila bahan tumis dah masak elok, masukkan bahan-bahan yang direndam dengan cuka tadi. Masukkan sekali dengan cuka yang rendam tu.
Ads
3.Masukkan buah-buahan kering.
4.Masukkan lobak masin.
5.Masukkan ikan talang goreng tadi.Gaul sebati. Biarkan ia masak sampai pecah minyak sekali lagi. Kacau sekali sekala, jangan sampai hancur ikan. Biarkan acar ni atas api perlahan, bagi semua rasa sebati. Lagi lama lagi elok dan sedap.
Ads
6.Akhir sekali tabur bijan. Siap untuk dihidang. Sejukkan betul-betul sebelum letak dalam bekas. Kredit:Norshakinah Shaleh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Colek cili memang sedap jika di nikmati bersama-sama menu bergoreng seperti keropok, kerang bakar, sotong goreng dan pelbagai lagi. Jika inginkan lebih penambah perisa, pastikan buat colek cili boh ni, gerenti sekejap sahaja licin. Hidang waktu berkumpul rumah terbuka memang sesuai.
RESIPI COLEK CILI BOH
BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMASAK:
Masukkan 700 ml air kosong dalam periuk.
Jenama cili boh yang diguna.
Tambahkan 5 1/2 senduk cili boh. ( saiz senduk seperti dalam gambar)
Masukkan pula – 2 senduk gula Melaka hancur – 9 senduk gula putih – 1/2 sudu kecil garam * segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri. * Sebetulnya kuah colek akan menyerlah rasa manis.
Tambahkan 1 senduk asam jawa. Juga 1 sudu besar cuka.
Seterusnya reneh kuah colek dalam api perlahan. Biarkan sehingga kuah memekat kira-kira 1 jam. * terpulang kepada kepekatan yang diingini
Kuah colek yang siap memekat.
Sejukkan kuah colek sebelum dihidangkan.
Hidangkan bersama pilihan aneka bahan colek:
– paru goreng
(rebus paru bersama sedikit garam dan asam keping.Kemudian hiris nipis. Goreng sehingga paru rangup)
– Perut lembu
(rebus bersama sedikit garam. Kemudian hiris nipis)
– Keropok lekor
– Keropok keping
– Kerang
(rebus bersama sedikit garam, 2 ulas bawang putih & sebatang serai yang diketuk)
– Popia
– Salad, timun, taugeh celur
Stok colek yang disejukkan perlu dimasukkan dalam bekas bertutup rapat. Masukkan dalam peti ais untuk kesegaran yang lebih lama. Selamat mencuba!
Betul-betul kaww!
Tabur colek bersama kacang tumbuk dan bijan yang telah disangai.
Penggunaan kacang membantu menaikkan lagi kesedapannya.
Sambal belacan kalau masak sikit senang aje anggarannya. Tapi kalau untuk makan ramai sukar jugak bagi orang yang tak pandai menganggar ni.
Ni resipi yang dikongsikan Suriani Mohd yang mendapat resipi ini dari arwah kakak iparnya (arwah Kak Ton), bagi yang tak tahan pedas boleh kurangkan cili api dan lebihkan cili besar merah. Jom cuba resipinya, masak lebih boleh simpan dalam peti sejuk dan makan berulang.
SAMBAL BELACAN UNTUK BUAT STOK
.
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili merah besar 20 biji cili api merah 20 biji cili api hijau
.
3 biji tomato 1/2 belacan (kalau guna belacan tg dawai) *bakar dulu Garam sikit je tau Ajinomoto sikit 3 sudu makan gula (gula secukup rasa) 10 biji air perahan limau kasturi Pati air asam jawa (secukupnya)
CARA MEMBUAT :
1. Blender semua bahan-bahan guna pati air asam jawa + perahan air limau sahaja (Tak guna air kosong). Tak digoreng ye.
2. Suriani suka buat banyak-banyak simpan dalam peti ais. InsyaAllah sebulan pun tak rosak. Lagi bertambah sedap.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Shapitah binti Ishak @ Awang .
Kredit: Suriani Mohd (MAHN)
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR YANG BARU, JOM LAYARI LINK DI SINI.
Sup tulang enak kalau dihirup panas-panas, tambah pula dapat nikmati dengan daging yang lembut. Teringin nak masak sup tulang lembu, boleh lah try resepi ni. Sup ni dimasak secara manual. Kalau yang ada pressure cooker lagi memudahkan masa untuk memasak sup ini.Aroma sup tulang bila ditabut dengan daun bawang dan bawang goreng sangat membuka selera.
SUP TULANG
Bahan-bahan 1: 3 biji bawang besar 8 biji bawang putih 2 ketul halia 1 sudu ketumbar **bahan ni dikisar sampai halus.
Bahan 2:
3 batang saderi
1 batang lobak merah **ni pun dikisar sampai hancur
Bahan 3:
3 batang kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 senduk serbuk sup
2 kg tulang
5 biji kentang(dibelah dua)
3 batang saderi (dihiris)
3 biji bawang besar(dibelah 4)
Air
Cara memasak:
1.Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 hingga bau wangi.
2.Kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
3.Masukkan air, kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk. Tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi empuk.
3.Dah empuk masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perasa.Tunggu ubi kentang empuk dalam 10 minit.
4.Dah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup. Kredit: Fazniza Razali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!