Makan berlauk acar ikan talang memang menyelerakan. Boleh bertambah makan nasi. Kalau dah teringin, jomlah masak dan cari ikan talang kering sebagai watak utama untuk menu ini. Buah-buah kering sebagai optional, nak masukkan boleh, tak nak masukkan pun boleh. Tapi kalau tambah lagi sedap.
ACAR IKAN TALANG
Bahan-bahan:
500g ikan talang kering- potong ikan talang jangan kecil sangat jangan besar sangat. Ambil bahagian isi. Lepas siap potong, rendam sekejap kemudian cuci hingga bersih.Keringkan,goreng isi tadi hingga garing. Dah siap toskan minyak, minyak yang goreng simpan.
Bawang besar, bawang putih dan halia. Kuantiti agak sesuai dengan kuantiti ikan.
Cili kering -dikisar
Bawang merah dan putih belah dua, halia potong mancis. Rendam semua ni dalam cuka. Jangan banyak sangat cuka. Nanti masam dan bau cuka.
Gula Melaka, lobak masin (basuh dulu), biji sawi, halba, kari ikan. Kemudian ambil serba sikit jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar, sangai sekejap dan kisar halus.
Cara memasak:
1.Panaskan minyak bekas goreng ikan talang tadi ni, tumis biji sawi dan halba. Dah naik bau masukkan bahan-bahan kisar tadi, bawang dan halia. Dah garing elok baru masukkan cili kisar. Tumis sampai betul-betul pecah minyak, baru la masukkan serbuk kari dalam 2 sudu, dan jintan yang dikisar tadi ni. Goreng sehingga pecah minyak. Baru masukkan gula Melaka. Masak lama sikit pun ok.
2. Bila bahan tumis dah masak elok, masukkan bahan-bahan yang direndam dengan cuka tadi. Masukkan sekali dengan cuka yang rendam tu.
3.Masukkan buah-buahan kering.
4.Masukkan lobak masin.
5.Masukkan ikan talang goreng tadi.Gaul sebati. Biarkan ia masak sampai pecah minyak sekali lagi. Kacau sekali sekala, jangan sampai hancur ikan. Biarkan acar ni atas api perlahan, bagi semua rasa sebati. Lagi lama lagi elok dan sedap.
6.Akhir sekali tabur bijan. Siap untuk dihidang. Sejukkan betul-betul sebelum letak dalam bekas.
Kredit: Norshakinah Shaleh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official