
Siapa saja yang tidak suka dengan lempeng. Makan panas-panas dicicah pula dengan sambal atau makan begitu saja pun sedap. Adunan lempeng yang sempurna akan menghasilkan lempeng yang gebu. Kalau ada yang rasa nak makan untuk sarapan boleh cuba ikut resipi Kaseh Sery ni. Resepi ini turun temurun dari ibunya.
Lempeng

Bahan-bahan:
3 senduk tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil mauripan
2-3 sudu gula
Sedikit garam
2-3 cawan air
(adunan tak cair sangat, tak pekat sangat)
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:

1.Kacau sebati semua bahan dan biarkan adunan lebih kurang 1 jam.


2.Kemudian, masaklah macam masak lempeng biasa.
Kredit: Kaseh Sery
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Resipi Mudah Ala Chawanmushi @ Telur Kukus, Hanya Guna 3 Bahan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Turun Temurun, Enaknya Kuih Peria Putar Guna Daun Pinang

Enaknya dapat menikmati kuih peria. Apatah lagi, jika cara penyediaannya mengikut resipi secara tradisional. Pasti menggamit kenangan.
Begitu jua lah resipi yang dikongsikan oleh Achik Ita ini. Resipi tradisi turun temurun daripada neneknya yang menggunakan daun pinang untuk memulas menjadikan corak.
Namun, bagi yang sukar menemui daun pinang, ada juga yang menggunakan daun palas untuk memutar atau lidi untuk melorek corak pada kuih.
BAHAN-BAHAN:
Daun pinang (pilih yang besar dan elok)
(BAHAN ADUNAN)
500g tepung gandum
Santan (untuk menguli)
½ sudu kecil gram (jangan melimpah)
Pewarna kuning, hijau, merah (untuk hijau, boleh gunakan air daun pandan sebenar yang dikisar)
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk adunan di atas kecuali santan. Gaul-gaulkan dan asingkan ke dalam tiga bekas.
Titikkan pewarna berlainan ke dalam setiap satu bekas itu. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan uli satu persatu.

*Tujuan letakkan tepung gandum ini adalah untuk elakkan kuih terlalu liat. Kuih yang menggunakan tepung pulut, nisbahnya 500g tepung pulut : segenggam tepung gandum dah memadai.
(INTI)
Sebanyak 500 gram kacang hijau direbus sampai empuk. Masukkan kelapa parut sebelah dan gula setengah. Kacau hingga agak lembut dan gula telah hancur.
Kemudian, letakkan 1 sudu kecil garam. Gaulkan hingga kering. Masukkan pula tepung gandum anggaran secawan atau hingga likat adunan. Dah siap, sejukkan dan kemudian bentukkan bulat-bulat.
Ini daun pinang, Pilihlah daunnya yang besar dan elok. Ini segar dari tepi rumah bonda. Kalau takde daun pinang, macamana?

Daun lain tak rasa aromanya bila kukus. Paling penting, nanti tak nampak corak urat daun buah peria tu. Tapi, kalau dah takde langsung, loreklah dengan pisau atau lidi. Cuma, ajaran bonda suruh pakai daun pinang.
Daun yang bersaiz kecil pula boleh dipotong-potong dan disusun di dalam bekas. Ini untuk berikan aroma wangi ketika mengukus.

Susun daun jangan ikut depan daun yang berurat. Letak yang bahagian dalam. Kalau tidak, nanti akan bertambah pula coraknya pada kuih kalau kita letak kuih melintang.
Ini inti kacang hijau yang telah dibulatkan dan dileperkan sedikit agak-agak sebesar ibu jari.

Pilih daun pinang yang besar sedikit. Potong hujung kanan dan kirinya, ambil tengahnya saja. Layurkan pada api sekejap bagi layu dan berubah warna. Tujuannya, untuk elakkan daun mudah koyak ketika nak memutar nanti.

Kemudian, sapu sedikit sahaja minyak. Sapu manja-manja saja.

Doh tadi, kepal-kepalkan begini.

Leperkan adunan tepung. Letakkan inti kacang hijau di tengah dan tutup kesemuanya. Selimutkan dengan daun pinang.

Sekarang, tiba masa untuk putar. Gulung daun pinang menutupi adunan doh. Putarkan serentak atas dan bawah. Macam kita putar kertas pelapik gula-gula.

Macam ni la rupanya bila dah buka selepas putar.

Bila dah siap semuanya diputar, susunkan di dalam kukusan. Sebelum itu, panaskan air dalam pengukus hingga menggelegak. Kukus sekejap saja. Agak-agak kuih dah berubah warna macam dah masak, daun pun dah berubah warna anggaran dalam 5 minit.

Inilah perbezaan sebelum dan selepas kukus. Warnanya lebih menyerlah, kan.

Ketika suam-suam, terus angkat dan susun elok-elok di dalam bekas. Jangan biarkan sejuk sebab susah nak angkat dan dah melekat pada daun.

Dah siap! Selamat mencuba.

Kredit: Achik Ita
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Aiskrim Vanila Coklat, Rasa Premium Tapi Kos Buat Murah Betul!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kuih Cara Serunding Kentang

Resipi kuih cara serunding kentang. Selalu kita jumpa kuih cara manis atau cara berlauk kan? Kali ini resipi kuih cara ini agak berbeza, menggunakan inti serunding kentang.
Menarik kan? Yang penting, mesti sedap. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Rozmaliza Omar ini ye.
Resipi Kuih Cara Serunding Kentang
Bahan-Bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
1 1/2 cawan air
2 cawan santan KARA (santan + air = 2 cawan)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit – boleh beli online di sini
2 biji telur
Sedikit garam – boleh beli online di sini
Pewarna kuning
Bahan-Bahan Inti Kentang:
4- 5 biji kentang (potong dadu)
3 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
4 biji bawang merah (ditumbuk lumat) – boleh beli online di sini
1 kiub ayam – boleh beli online di sini
3 sudu besar serbuk kari daging – boleh beli online di sini
Sedikit garam
Gula – boleh beli online di sini
Sedikit air
Minyak untuk menumis – boleh beli online di sini
Bahan Taburan:
1 mangkuk serunding daging
Daun sup (hiris halus)
Cili merah besar (hiris nipis) – boleh beli online di sini
Cara-Cara Memasak Inti kentang:

Untuk memasak inti kentang, tumis bawang hingga kekuningan. Masukkan rempah kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kentang dan air. Masak hingga kentang betul-betul empuk dan inti sedikit kering.
Kemudian masukkan kiub ayam, garam dan gula. Siap. Sejukkan sebentar. Ketepikan.

Untuk membuat cara-cara buat kuih cara, satukan semua bahan tepung. Whisk hingga halus dan tapis.
Panaskan acuan dan sapukan minyak.
Tuang adunan dalam acuan. Letakkan inti kentang diikuti bahan-bahan taburan seperti serunding daging, daun sup dan hirisan cili.

Tutup acuan dengan tudung periuk. Biarkan hingga masak. Bolehlah angkat dan siap untuk dihidangkan
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Tepung Gomak Omak Den,Warisan Ibu Maria Ni Sedap Inti Kacang Hijaunya

Resipi kuih tradisi tepung gomak ni ada banyak versi. Tapi min paling suka dengan versi ini kerana ada ubi keledek rebus dimasukkan juga ke dalam tepung atau kulit tepung gomak. Hasilnya memang sedap melampau.
Ada sesetengah resipi hanya menggunakan ramuan tepung pulut tanpa ubi keledek. Ada setengah resipi meletakkan sedikit tepung gandum dalam inti, tetapi resipi yang dikongsikan oleh Maria Bentalib memasukkan kacau hijau didalam inti. Sudah pastilah berbaloi baloi kesedapannya. Ni warisan omak den, katanya . Jom cuba…
TEPUNG GOMAK OMAK DEN

BAHAN-BAHAN :
Bahan kulit :
- 1 kg tepung pulut
- 500g keledek direbus | dilecek
- 2 sudu besar air kapur
- 1 1/2 sudu besar garam
- 800ml air
CARA MASAK :
- Semua bahan-bahan di atas gaul sebati, ambil sedikit adunan tepung ,leperkan.



- Masukkan inti , tekan sedikit dan bulatkan dan rebus. Apabila timbul, angkat dan golekkan dan salut rata dengan tepung kacang hijau.





Bahan inti :
- 1 biji kelapa parut
- 80gm gula pasir
- 80gm gula melaka
- 2 helai daun pandan
- 1 sudu besar warna coklat
- 50gm kacang hijau direbus dulu sampai kembang
*Gula pasir dan gula melaka tu dimasak dulu dengan daun pandan hingga larut
CARA MASAK :
- Tapis air gula, masukkan air gula yang dimasak tadi dalam kuali.
- Campurkan kelapa parut. Masukkan pewarna coklat jika suka, dan kacau masukkan kacang hijau rebus. Kacau.
- Masak hingga kering, api kecil .


Bahan tepung kacang hijau :
*Boleh beli dah siap dalam pek, kalau nak buat sendiri ni resipinya
- 200gm kacang hijau
CARA MASAK :
- Basuh kacang hijau sehingga bersih
- Goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan
- Kemudian dikisar halus
- Ayak tepung sebelum digunakan.


