Suka makan agar-agar? Manisan Agar-Agar Cermin atau Mix Fruits Jelly ni boleh dicuba. Cara pembuatannya sangat mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Bolehlah hidangkan untuk sajian suami dan anak-anak. Malah ia juga sesuai untuk hidangan di sebarang majlis keraian. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sya Qiela ini. Pasti puas hati.
CARA MASAK AGAR-AGAR CERMIN MUDAH & SEDAP
Ads
( Nota: Menurut empunya resipi sukatan air dan gula memang tiada. Jadi boleh agak-agak sendiri mengikut sukatan air dari paket agar-agar)
Klik DISINI untuk petua sukatan air untuk agar-agar bertali & serbuk
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 paket agar-agar bertali
Air
Gula pasir
Gula batu
1 tin longan
Buah strawberi secukupnya – belah dua
Buah mangga – potong dadu
Buah kiwi – potong bulat
Biji selasih – rendam dengan air panas seketika
CARA MEMASAK:
Ambil loyang bersesuaian kemudian basahkan dengan sedikit air. Potong juga buah-buahan tadi. Ketepikan.
2. Masak agar-agar bersama air hingga larut. Kemudian masukkan gula pasir dan gula batu dengan secukupnya. Masak lagi hingga hancur.
3. Tambahkan air longan dan masak lagi hingga mendidih. Padamkan api.
4. Ambil sedikit larutan agar-agar yang dimasak tadi dan masukkan ke dalam loyang.
5. Tabur biji selasih dan juga hirisan buah-buahan mengikut cita rasa. Biarkan selama 5 minit barulah dimasukkan lebihan larutan agar-agar.
6. Biarkan seketika hingga wap panas agar-agar hilang barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk supaya beku sepenuhnya.
7. Agar-agar ini enak dimakan sejuk.
Ads
INFO:
Wajib masukkan sedikit hgula batu supaya agar-agar nampak berkilat.
Masak agar-agar hingga betul-betul mendidih supaya bila ia mengeras, agar-agar tidak cepat cair.
Sukatan gula dan agar-agar tiada sukatan. Boleh agak-agak mengikut kemanisan yang dikehendaki.
Campuran air longan memberikan rasa manis dan menaikkan lagi rasa agar-agar.
Bebas menggunakan buah-buahan kegemaran. Lagi banyak letak, lagi sedap.
Agar-agar mestilah diasukkan ke dalam loyang semasa masih panas. Ia bertujuan untuk melembutkan buah, mudah dipotong dan tidak hancur.
Bila hujan perut sentiasa lapar, anak-anak cuti sekolah. Dan bila macam ni, ibu mesti akan sediakan kudapan-kudapan enak buat hidangan sekeluarga.
Resipi tempe mendoan yang dikongsikan Siti Zanariah Khalit ini, diperoleh dari Youtube. Teringin mencuba tapi masa tu banyak bahan yang tiada.
Maka Siti Zanariah olah dengan menggunakan apa yang ada di rumah. Tak sangka suami dan anak-anak suka. Rangup berlemak. Sekali makan tak nak berhenti. Boleh ketagih.
Resipi asal tiada cili flake, tapi Siti Zanariah tambah supaya ada rasa pedas. Kalau tiada cili flake, boleh gantikan dengan cili padi tumbuk.
Nak lagi sedap? Makan dengan sambal kicap, mantap! Sekiranya ada baki adunan tepung boleh digunakan untuk menggoreng tauhu atau ikan.
TEMPE MENDOAN
BAHAN-BAHAN:
Tempe secukupnya (saya guna yang dalam plastik. Potong nipis)
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua, Episod Keenam gamat dan kelakar tadi. Didie Alias sama kecoh dengan Datuk Chef Wan, macam-macam cerita dan tip masakan menarik yang disembangkan bersama.
Didie Alias lengkap berkebaya merah jambu menyala, menyerlah berseri pelakun dan pelawak handalan ni.
Resipi yang dikongsikan Didie memang cukup istimewa warisan dari ibunya, Asam Pedas Daging Tetel Mak Kiah dan kuih tradisional olahannya sendiri iaitu Keria Keladi Gula Melaka. Memang terbaiklah.
Untuk pengetahuan Didie memang hebat memasak kerana selalu menolong ibunya yang berniaga makanan. Sebut apa aje boleh aje masak untuk keluarga. Resipi keria ni biasanya guna keledek kan, tapi Didie olah semula gunakan keladi. Sedap weii.
Didie bagi tip masak keria menggunakan keladi disebabkan ia melekit jadi gaulkan tepung sedikit. Asam Pedas Daging Tetal pulak dari warisan ibunya. Maklumlah orang Melaka memang terror bab masakan asam pedas ni.
Nak resipi lauk dan kuih yang dimasak tadi, jom catat resipi yang dikongsikan RASA ini, jangan lupa mencuba ya. Selamat Berbuka.
1. ASAM PEDAS DAGING TETEL MAK KIAH
BAHAN-BAHAN
1 kg daging tetel
4 sudu besar pes cili kering
1 sudu makan belacan bakar
5 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 liter air rebusan daging
Minyak CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. 2. Kisar bawang besar,bawang putih dan belacan bersama air. 3. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar (5-7 minit). 4. Kemudian masukkan cili kering. 5. Seterusnya, masukkan daun kantan bersama daun kesum.Masukkan air asam jawa. 7. Masukkan air rebusan daging. 8. Masukkan daging tetel yang telah direbus. 9. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.
2. KERIA KELADI GULA MELAKA MUMMY
BAHAN-BAHAN :
400gm keladi | dikupas dan direbus
150gm tepung gandum
Garam secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya Bahan untuk sira:
¾ cawan gula melaka | telah dihiris
1-2 sudu besar gula pasir
¼ cawan air CARA MEMASAK : 1. Rebuskan keladi sehingga lembut sebelum melenyekkannya. 2. Campurkan keladi yang telah dilenyek bersama tepung gandum dan secubit garam. 3. Bentukkan adunan keladi menjadi bulat dan buat lubang ditengahnya seperti donut. 4. Panaskan minyak. 5. Masukkan keladi yang telah dibentuk ke dalam minyak yang panas. 6. Goreng keria keladi sehingga menjadi kuning keemasan. 7. Angkat dan biarkan sehingga sejuk.
Cara membuat kuah Sira: 1. Panaskan periuk. 2. Masukkan gula Melaka dan air. 3. Kacau sehingga larut. 4. Masukkan gula. 5. Kacau sehingga menjadi pekat. 6. Kemudian gaulkan kuah sira bersama keria keladi yang telah digoreng.
AKSI SEBALIK TABIR :
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI.
Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.
Rancangan Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.
Buah strawberi yang merah ranum tu memang cukup sedap dimakan begitu sahaja. Keenakan jem strawberi sesuai sangat dimakan dengan roti atau pasteri yang lain.
Buahan yang kaya vitamin dan tinggi kandungan anti oksidannya juga memang gerenti sedap bila dibuat kek dan pasteri. Ni min kongsikan sajian pencuci mulut kek dan pasteri untuk dicuba.
1. STRAWBERRY TRIFLES
BAHAN KEK:
150gm tepung kek
150gm mentega
150gm gula kastor
3 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
BAHAN UNTUK MELAPIS TRIFLES:
3-4 biji strawberi | dipotong
300ml krim putar | pukul hingga kembang
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung kek dengan serbuk penaik dan ketepikan. 2. Pukul telur dan mentega hingga kembang kemudian masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati. 3. Tuang adunan di dalam loyang 10 x 10 inci dan bakar pada suhu 180˚C selama lebih kurang 20-25 minit hingga masak. 4. Sejukkan dahulu dan potong kek mengikut saiz bekas yang digunakan untuk menghidang. 5. Letakkan lapisan kek pada dasar bekas, susun strawberi dan picitkan krim putar yang sudah dipukul kembang tadi di bahagian atasnya. 6. Hiaskan dengan potongan strawberi. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. 7. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan sejuk.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 1 jam 20 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak, manis dan masam yang seimbang Jenis masakan : Manisan Cara memasak : Bakar Anggaran kos: RM25
2. STRAWBERRY CHEESECAKES BAR
BAHAN-BAHAN: BAHAN LAPISAN BAWAH:
250gm mentega
100gm gula kastor
12 biji telur
1 sudu teh esen vanila
280gm tepung gandum serba guna
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
BAHAN LAPISAN KRIM KEJU:
225gm krim keju
90gm gula ising
3 biji telur
Jem strawberi secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan. 2. Sebatikan mentega dan gula kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul hingga sebati. 3. Masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati hingga menjadi doh. 4. Tekan di dalam loyang 10 x 10 hingga rata. Untuk mendapatkan bar yang lebih nipis boleh gunakan loyang 12 x 12. Ketepikan. 5. Untuk membuat krim keju; Pukul krim keju dengan gula ising hingga kembang. 6. Kemudian masukkan telur dan pukul sebati. 7. Tuangkan ke atas lapisan doh yang ditekan di dalam loyang tadi. 8. Ratakan dan picit jem strawberi ke atas adunan krim keju secara memanjang dan lorek jem untuk membentuk corak. 9. Bakar pada suhu 180 ˚ C selama 50-60 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum memotongnya menjadi kepingan bar.
Info chef: Boleh hias dengan hirisan strawberi jika suka.
Saiz hidangan: 4-5 orang Waktu memasak: 40 minit Keistimewaan : Rasa lemak dan ada sedikit masam strawberi Jenis masakan : Kek Cara memasak : Bakar Anggaran kos: RM25
3. STRAWBERRY SHORTCAKE COOKIES
BAHAN-BAHAN:
260gm buah strawberi | potong dadu
½ sudu teh jus lemon
75gm gula kastor
122gm tepung red rose
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh garam
36gm mentega
70gm Heavy cream
CARA MEMASAK: 1. Panaskan oven 180 ˚C. 2. Satukan buah strawberi, dan jus lemon biarkan seketika. 3. Dalam bekas berasingan, satukan tepung, serbuk penaik, garam dan gula. Masukkan mentega dan gaul sebati hingga menjadi seperti serbuk roti. 4. Kemudian masukkan heavy cream gaul hingga menjadi doh dan masukkan buah strawberi bersama lemon jus tadi. Adun sebati. 5. Sudukan di atas loyang. 6. Bakar lebih kurang 25-30 minit hingga perang. 7. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 1 jam Keistimewaan : Ada rasa masam dan lemak mentega Jenis masakan : Kudapan Cara memasak : Bakar Anggaran kos: RM25
4. STRAWBERRY & CHOCOLATE CREAM CHEESE NAPOLEON
BAHAN-BAHAN:
500gm doh puff pastry
1 biji telur
7-8 biji buah strawberi
BAHAN KRIM KEJU COKLAT:
50gm gula ising
20gm serbuk koko
225gm krim keju
½ sudu esen vanila
CARA MEMASAK: 1. Canai nipis doh puff pastri dan potong saiz petak kecil. 2. Bakar dengan suhu 200 ˚ C selama lebih kurang 25-20 minit hingga perang. Biarkan sejuk seketika. 3. Pukul gula ising dan krim keju hingga sebati, masukkan serbuk koko dan esen vanila. 4. Pukul lagi hingga kembang. 5. Potong buah strawberi. Picitkan sedikit krim keju coklat di atas satu kepingan puff pastri yang sudah dibakar tadi. Susunkan buah strawberi dan lapiskan dengan satu lagi kepingan puff pastri. Picit lagi krim keju coklat dan hias dengan sedikit hirisan strawberi. 6. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Boleh juga tabur dengan manik coklat jika suka di atas krim keju coklat.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak: 1 jam Keistimewaan : Pastri rangup bila dikunyah Jenis masakan : Manisan Cara memasak : Bakar Anggaran kos: RM25
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.