Suka makan agar-agar? Manisan Agar-Agar Cermin atau Mix Fruits Jelly ni boleh dicuba. Cara pembuatannya sangat mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Bolehlah hidangkan untuk sajian suami dan anak-anak. Malah ia juga sesuai untuk hidangan di sebarang majlis keraian. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sya Qiela ini. Pasti puas hati.
CARA MASAK AGAR-AGAR CERMIN MUDAH & SEDAP
( Nota: Menurut empunya resipi sukatan air dan gula memang tiada. Jadi boleh agak-agak sendiri mengikut sukatan air dari paket agar-agar)
- Klik DISINI untuk petua sukatan air untuk agar-agar bertali & serbuk
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket agar-agar bertali
- Air
- Gula pasir
- Gula batu
- 1 tin longan
- Buah strawberi secukupnya – belah dua
- Buah mangga – potong dadu
- Buah kiwi – potong bulat
- Biji selasih – rendam dengan air panas seketika
CARA MEMASAK:
- Ambil loyang bersesuaian kemudian basahkan dengan sedikit air. Potong juga buah-buahan tadi. Ketepikan.
- 2. Masak agar-agar bersama air hingga larut. Kemudian masukkan gula pasir dan gula batu dengan secukupnya. Masak lagi hingga hancur.
- 3. Tambahkan air longan dan masak lagi hingga mendidih. Padamkan api.
- 4. Ambil sedikit larutan agar-agar yang dimasak tadi dan masukkan ke dalam loyang.
- 5. Tabur biji selasih dan juga hirisan buah-buahan mengikut cita rasa. Biarkan selama 5 minit barulah dimasukkan lebihan larutan agar-agar.
- 6. Biarkan seketika hingga wap panas agar-agar hilang barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk supaya beku sepenuhnya.
- 7. Agar-agar ini enak dimakan sejuk.
INFO:
- Wajib masukkan sedikit hgula batu supaya agar-agar nampak berkilat.
- Masak agar-agar hingga betul-betul mendidih supaya bila ia mengeras, agar-agar tidak cepat cair.
- Sukatan gula dan agar-agar tiada sukatan. Boleh agak-agak mengikut kemanisan yang dikehendaki.
- Campuran air longan memberikan rasa manis dan menaikkan lagi rasa agar-agar.
- Bebas menggunakan buah-buahan kegemaran. Lagi banyak letak, lagi sedap.
- Agar-agar mestilah diasukkan ke dalam loyang semasa masih panas. Ia bertujuan untuk melembutkan buah, mudah dipotong dan tidak hancur.
Kredit resipi & foto: Sya Qiela