Anda suka makan agar-agar? Jika ya, resipi Agar-Agar Lumut Gula Merah perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni anda kena cuba. Kalau makan masa sejuk-sejuk, memang layan sungguh. Nak buatnya pun sangat mudah. cubalah. Pasti puas hati.
AGAR-AGAR LUMUT GULA MERAH
BAHAN-BAHAN
- 18gm agar-agar tali
- 1250ml air
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 biji telur
- 2 sudu makan gula – boleh kurangkan jadi 1 sudu jika suka kurang manis
- 1 kotak santan
- 1 cawan gula merah
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan masukkan agar-agar tali. Biarkan hancur dan larut.
2. Kemudian masukkan gula merah, gula dan esen vanilla. Masak sehingga mendidih.
3. Dalam bekas lain, satukan santan dan telur. Kacau kemudian tuang ke dalam periuk. Masak selama 5 minit menggunakan api perlahan.
4. Kuatkan api sehingga naik buih. Padamkan api dan tuang campuran ke dalam loyang.
5. Sejukkan agar-agar dan boleh dipotong apabila mengeras.
Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad
JANGAN LUPA TRY
Kek Pisang & Kranberi Ekspres, Sukatan Cawan…Metriks Pun Ada
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Chocolate Cheese Brownies Bakar Sedap, Gebu & Tak Kering
Wow…Nampak sedap Chocolate Cheese Brownies Bakar perkongsian saudari Azza Ahsani ni. Menurut beliau resipi yang dikongsi ini adalah Brownies versi bakar namun memounyai rasa yang sangat sedap, gebu dan juga tidak kering. Sangat sesuai dicuba bagi anda yang tercari-cari resipi brownies yang sangat enak dimakan bersama keluarga. Jom cuba. Pasti puas hati dengan hasilnya.
CHOCOLATE CHEESE BROWNIES VERSI BAKAR. SEDAP, GEBU & TAK KERING
BAHAN-BAHAN A:
250gm mentega yang dicairkan – beli online disini
1 cawan gula kastor – beli online disini
1 cawan serbuk koko – beli online disini
1 cawan susu segar
½ cawan susu pekat manis – beli online disini
BAHAN-BAHAN B:
1½ cawan tepung gandum (*) – beli online disini
1 sudu teh soda bikarbonat (*) – beli online disini
1 sudu teh baking powder (*) – beli online disini
3 biji telur (suhu bilik)
1 sudu teh esen vanilla – beli online disini
(Ayak semua bahan bertanda *)
BAHAN-BAHAN C (TOPPING):
250gm krim keju / cream cheese
1 biji telur (suhu bilik)
1 cawan gula – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Masak semua bahan A dengan api perlahan. Mentega perlu dicairkan terlebih dahulu barulah diletakkan bahan-bahan lain.
2. Bila sudah agak sebati dan menggelagak, boleh tutup api dan sejukkan. Pada masa yang sama, sudah boleh panaskan ketuhar pada suhu 170°c mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing.
3. Sementara menunggu bahan A sejuk, pukul telur dan esen vanilla hingga kembang.
4. Begini rupa telur yang sudah kembang.
5. Masukkan telur yang dipukul kembang tadi ke dalam bahan A. Kacau sebati.
6. Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit sambil dikaup balik sampai sebati.
7. Rupa adunan yang siap diadun.
8. Sediakan loyang yang bersesuaian. Sapu sedikit mentega dan alas dengan wax paper. (empunya resipi guna loyang saiz 7″x7″. Masak 2 kali sebab boleh dapat banyak keping bila dipotong.)
9. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°c selama 45 minit atau hingga brownies masak. Nak tahu masak atau belum, cucuk dengan lidi. Kalau lidi kering masa ditarik keluar, itu menandakan brownies telah masak sempurna.
10. Untuk topping brownies, pukul krim keju, gula dan telur hingga sebati.
11. Letak bahan C atas brownies yang sudah masak tadi. Ratakan dan bakar balik selama 15-20 minit atau hingga keperangan.
Tip: Brownies tadi empunya resipi bakar dalam ½ jam sahaja. Masa ni kek lembap sikit. Bila letak cream cheese dan bakar balik, tekstur kek tak akan jadi kering.
12. Chocolate Cheese Brownies yang sedap dan gebu sedia untuk dinikmati.
NOTA: Semasa menyukat bahan, sila guna 1 cawan yang sama sahaja supaya sekata timbangannya.
Kredit resipi & foto: Azza Ahsani
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Bakar Mayones Sukatan 1/2 Ekor, Sedap Menjilat Jari
Kulit Rangup, Inti Enak. Resipi Karipap Ikan Ni Memang Terlajak Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Creampuff Aiskrim. Ikut Cara Ni Kulit Creampuff Tak Kecut & Masak Pun Sekata.
Sedapnya Creampuff. Inti gebu bak aiskrim menjadikan manisan ini jadi kegemaran ramai. Namun ramai yang ‘takut-takut’ nak cuba kerana fikir ia susah dihasilkan. Anda pula macam mana? Teringin nak cuba buat sendiri?
Resipi perkongsian saudari La Vy Na ni antara yang terbaik. Kenapa? Sebabnya, resipi creampuff ni tidak kecut dan elok hasilnya bila siap dibakar. Jom lihat cara-cara penghasilannya.
CARA BUAT KULIT CREAMPUFF & INTI AISKRIM
KULIT CREAMPUFF
BAHAN-BAHAN:
- 300gm air
- 100 gm marjerin – beli online DISINI
- 150 gm tepung gandum – beli online DISINI
- 5 biji telur gred C
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan majerin. Bila sudah menggelegak, perlahankan api.
2. Masuk tepung dan kacau hingga jadi bentuk bebola dan tidak melekat di periuk atau kuali.
3. Tutup api dan biarkan adunan sejuk (anggaran masa dalam 30 minit).
4. Masuk telur dan putar guna mixer sampai adunan jadi berkilat. Pastikan juga adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu kental.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan ke atas dulang yang telah digriskan.
6. Bakar pada suhu 200-230C selama 25 minit. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar masing-masimg.
7. Petua untuk elak creampuff kempis setelah dikeluarkan dari ketuhar ialah, bila selesai dibakar, pastikan buih-buih pada creampuff tidak kelihatan. Barulah dikeluarkan dari ketuhar.
Nak beli OVEN baru? Pilih je DISINI
INTI AISKRIM
BAHAN-BAHAN:
- 400gm susu penuh krim – beli online DISINI
- 100gm gula – beli online DISINI
- 50gm tepung kastad – beli online DISINI
- 2 bjii telur gred C
- 300gm non-dairy whipping cream (krim putar bukan tenusu) – putar hingga sederhana kental/medium peak
CARA MEMASAK:
1. Didihkan susu atas api sederhana kuat.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung dan gula. Gaul rata guna pemukul tangan (whisk).
3. Masukkan telur. Gaul lagi hingga sebati.
4. Ambil 5 senduk susu yang sedang dipanaskan atas api, masukkan ke dalam adunan telur dan tepung. Gaul rata dan sebatikan.
5. Setelah susu dalam periuk mendidih kecil dan berwap, masukkan adunan telur, tepung dan susu yang disebatikan tadi. Sentiasa kacau hingga jadi kental dan berkilat. (Penting! Pastikan campuran sentiasa dikacau bagi mengelakkan kastad jadi hangus dan berketul). Bila dah siap, padamkan api.
6. Ambil plastic wrap dan letak di permukaan kastad. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian masuk peti sejuk biasa ( bukan peti sejuk beku). Biarkan semalaman.
7. Bila sudah disejukkan semalaman, keluarkan kastad dari peti sejuk dan puku guna mixer untuk mendapatkan tekstur yang halus.
8. Kemudian campurkan bersama krim putar (whipping cream) yang telah dipukul sederhana kental.
9. Satukan kastad dan krim putar dan adun hingga betul-betul kental (stiff peak).
10. Masukkan ke dalam piping bag dan simpan dalam peti sejuk 2-3 jam sebelum digunakan.
11. Isikan inti aiskrim ke dalam kulit creampuff dan tabur dusting sugar. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: La Vy Na
Dekat sini ada macam-macam jenis MIXER baru. Bolehlah beli uols!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Petua Buat Kek Kukus 3 Bahan Tak Bantat. Ini Cara Perlu Ikut Kalau Nak Kek Lembut & Gebu.
https://www.rasa.my/buat-roti-kering-homemade-untuk-cicah-kopi-sedap-tak-terkata/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Masak Sendiri Apam Balik Ala Pasar Malam Guna Kuali Biasa Je
Sedapnya Apam Balik ni walau guna kuali biasa. Bila waktu petang, kuih ni antara yang paling banyak dicari untuk kudapan. Biasanya kena ke pasar malam untuk menikmatinya.
Bila hujan, rasa tak rajin pula nak keluar. Tapi tak mengapa, anda pun boleh masak Apam Balik ni dekat rumah. Tak ada dapur khas untuk apam balik, tak semestinya anda tak boleh hasilkan kuih. Guna pan biasa je.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Sapura Pua ni. Memang best! Boleh letak banyak inti.
CARA MASAK APAM BALIK HOMEMADE GUNA KUALI BIASA
BAHAN DOH APAM ( HASIL ANGGARAN 5 KEPING):
- 2 cawan tepung gandum – beli online disini
- 1/4 cawan gula
- 1 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini
- 1 sudu teh baking powder – beli online disini
- 1 biji telur
- 1 1/2 cawan susu cair / full cream – beli online disini
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit pewarna kuning – beli online disini
CARA-CARA:
1.Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
2.Pukul telur dan gula sehingga sebati. Gula tidak perlu larut sangat.
3.Masukkan susu dan pewarna. Teruskan kacau sehingga sebati.
4.Masukan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kacau sebati sehingga adunan licin dan tidak berketul. (jika nak lagi mudah, tapis adunan).
5.Perap adunan selama 1 jam.
BAHAN TABUR / INTI:
- Kacang tanah | digoreng tanpa minyak dan dikisar – beli online disini
- 1 tin jagung manis – beli online disini
- Mentega / marjerin secukupnya – beli online disini
- Gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali tak melekat dan sapukan sedikit marjerin.
2. Masukkan 2 senduk adunan tepung dan ratakan sekeliling.
3. Tabur gula ( anggaran 2 sudu makan) dan tutup kuali. Biar hingga adunan masak. Jika mahukan apam yang rasa lebih manis, lebihkan gula. Kalau apam ada lubang-lubang halus diatasnya, bermakna adunan tersebut menjadi.
4. Tabur kacang tanah rata-rata diikuti mentega dan jagung.
5. Lipat apam dan balikkan. Angkat.
6. Sedia untuk dinikmati.
Petua:
Kalau kuali melekat, ambil kuning telur sahaja dan masak dalam kuali tersebut sehingga masak. Ambil tisu dan tonyoh telur tersebut di permukaan kuali. Telur jadi hangit pun tak apa. Insya-Allah kuali jadi tak melekat dah.
Kredit resipi & foto: Sapura Pua
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official