Agar-Agar Lumut ni adalah antara manisan klasik yang menjadi kegemaran ramai tidak mengira usia. Tua atau muda, semuanya suka. Rasanya yang lemak manis, tak jemu untuk dimakan. Walaupun nampak ringkas dan mudah, kalau salah cara memang tak menjadi. Nak cuba buat manisan klasik ni untuk minum petang? Resipi perkongsian saudari Ada Shuhadah Ghazali ni antara yang boleh dicuba. Anda sekeluarga pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK AGAR AGAR LUMUT KLASIK YANG SEDAP & MUDAH


BAHAN-BAHAN:
4 cawan air
20gm agar-agar – beli online disini
1 kotak kecil santan – beli online disini
4 helai daun pandan – kisar untuk dapatkan 2 cawan air pandan
2 biji telur
1 ¼ cawan gula (nak manis boleh lebihkan)
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1.Satukan agar-agar, air, air pandan dan gula. Masak sampai mendidih dan larut.
2. Dalam mangkuk berasingan, satukan santan dan telur. Kacau dengan garpu hingga sebati.
3. Tambahkan juga garam untuk mendapatkan rasa yang lebih berlemak.
3. Bila sudah mendidih, masukkan bacuhan santan dan telur tadi. Jangan kacau lagi.
4. Bila adunan nampak nak mendidih, barulah boleh dikacau.
5. Tutup api dan boleh tuang adunan ke dalam acuan. Biar mengeras sebelum dipotong dan dinikmati.




[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official