Bermacam-macam resipi boleh dihasilkan menggunakan Milo salah satunya ialah Agar-agar Milo. Resipi Agar-agar Milo ini cukup menarik untuk dicuba kerana hanya dengan empat bahan sahaja, kita boleh hasilkan seloyang pencuci mulut yang lazat. Anak-anak mesti suka makan terutama apabila dihidangkan sejuk-sejuk. Jom kita cuba resipi Agar-agar Milo seperti yang dikongsikan oleh Ayu Mashrudin ini.
RESIPI AGAR-AGAR MILO
BAHAN-BAHAN:
1 kotak air Milo (1 liter)
1 paket agar-agar serbuk
2 sudu besar gula – BELI ONLINE
3 sudu besar Milo
CARA MEMBUAT:
1. Masak semua bahan di atas dan kacau hingga sebati.
2. Tuang dalam acuan.
3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 hingga 5 jam. Hidangkan.
Sumber kredit: Ayu Mashrudin
BELI ACUAN BULAT DI SINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official